suria

Kertas siasatan kerugian pelaburan FashionValet sudah lengkap, SPRM serah kepada bahagian pendakwaan

Keputusan PDRM berhubung siasatan ini akan diperoleh dalam masa yang terdekat.

SIASATAN berhubung kes kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet sudah dilengkapkan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada bahagian perundangan.

"Kertas siasatan ini diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

"Keputusan berhubung siasatan ini akan diperoleh dalam masa yang terdekat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM siasat kerugian pelaburan RM43.9 juta dalam FashionValet

ARTIKEL BERKAITAN: Vivy, suami akhirnya jawab isu FashionValet... Mohon maaf kepada pelabur, lepaskan jawatan

Sepanjang siasatan, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan sejak 2018 hingga tahun lalu berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

SPRM turut dilaporkan merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Pada 6 November, SPRM menggeledah kediaman pasangan yang juga pengasas syarikat berkenaan dan menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Bukan itu sahaja, SPRM turut membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain