POLIS menafikan dakwaan terdapat aksi berbalas tembakan antara pihaknya dan penjenayah di kawasan perumahan Taman Mulia Jaya di Ampang, Selangor, seperti video tular pada malam Jumaat. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tiada sebarang tembakan berlaku. “Bagaimanapun, berlaku kejar-mengejar antara kenderaan peronda bergerak (MPV) dengan sebuah kereta di lokasi kira-kira pukul 10 malam Jumaat. “Kami berjaya memberhentikan kereta itu tetapi tiada kejadian berbalas tembakan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Terdahulu seorang pengguna TikTok memuat naik video dengan audio yang mendakwa berlaku tembak-menembak di Taman Mulia Jaya. Audio pada video itu juga mendakwa terdapat enam das tembakan dilepaskan dan dua suspek melarikan diri. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube