suria

Pensyarah putih mata rugi lebih RM115,000, terpedaya tawaran kerja sambilan

Seorang pensyarah menjadi mangsa 'scammer' dengan kerugian lebih RM115,000. -Gambar hiasan

SEORANG pensyarah universiti awam berusia 44 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM115,600 selepas menjadi mangsa penipuan kerja sambilan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa terjebak dalam skim itu pada Mei tahun ini.

“Tawaran itu, yang diiklankan dalam talian, memerlukan mangsa membeli barangan daripada laman web yang dijanjikan akan menerima keuntungan 15 peratus daripada pembelian tersebut.

“Antara 7 Mei dan 30 September lalu, mangsa membuat beberapa pemindahan berjumlah RM115,600 ke enam akaun bank berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrulanuar berkata, laman web tersebut kemudian tidak lagi boleh diakses, dan mangsa juga tidak mendapat pulangan wang sebagaimana yang dijanjikan.

Menyedari penipuan itu, pensyarah berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Sri Gading pada 12 Disember lalu.

Sehubungan itu, Shahrulanuar menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila menemui tawaran pekerjaan di media sosial, terutamanya yang menjanjikan pulangan keuntungan yang tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain