SEORANG wanita berusia 45 tahun dipercayai membunuh diri ketika memandu di sepanjang Jalan Besar Kepong di Kuala Lumpur. Dia dilaporkan mengelar tangan dan leher sebelum melanggar seorang penunggang motosikal dan merempuh pembahagi jalan di persimpanan lampu isyarat, kira-kira pukul 10.24 malam Sabtu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, terdapat kesan kelar pada lengan dan lehernya. "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, dan kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. "Bedah siasat akan dijalankan pada Ahad," katanya. Menurut Ahmad Sukarno, wanita itu menghubungi suaminya melalui WhatsApp kira-kira sejam sebelum kejadian. Video kejadian itu tular di media sosial. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube