suria

Tragis! Empat maut kemalangan libat 3 kereta, 2 motosikal

Keadaan di lokasi nahas yang melibatkan lima kenderaan.

EMPAT maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, Sarawak pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.59 petang memaklumkan mengenai mangsa yang terperangkap.

Anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan Batu Lintang tiba di lokasi nahas sekitar pukul 1.07 petang.

"Seorang wanita dan tiga lelaki disahkan maut di tempat kejadian, ia termasuk seorang mangsa yang terperangkap di dalam kereta sehingga terpaksa dikeluarkan menggunakan alat khas.

"Seorang lagi mangsa wanita berada dalam keadaan kritikal, manakala empat mangsa lelaki mengalami kecederaan," kata jurucakap JBPM dalam satu kenyataan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital manakala mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Anggota bomba membersihkan lokasi daripada sisa tragedi dan situasi terkawal menjelang pukul 4.03 petang," tambahnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain