suria

Percutian di Kuala Terengganu bertukar tragedi... Remaja maut jatuh tingkat 14, ‘cleaner’ jumpa dalam keadaan terlentang

Punca sebenar kematian remaja 17 tahun itu masih disiasat. -Gambar hiasan

PERCUTIAN enam remaja bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada tengah hari Khamis.

Mangsa, Muhammad Irham Tarmizi Rusaini, 17, dari Machang, Kelantan, ditemukan dalam keadaan terlentang di tingkat enam oleh seorang pekerja pembersihan pangsapuri berkenaan.

Kematian remaja itu adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa bersama lima rakannya datang ke Kuala Terengganu untuk bercuti dan menyewa sebuah unit di pangsapuri itu sejak Rabu.

Mereka dijadualkan keluar dari penginapan tersebut pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 12.30 tengah hari.

"Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami juga sudah menghubungi keluarga mangsa untuk urusan tuntutan jenazah," katanya pada Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain