suria

Wanita tergamam caj parkir KLIA lebih RM2,000!

Seorang wanita terkejut melihat harga yang perlu dibayar untuk parkir.

MEMPERUNTUKAN kos parkir sudah menjadi lumrah bagi setiap pemandu dan pemilik kenderaan.

Kos yang dikenakan pula boleh berubah bergantung kepada lokasi dan waktu seseorang itu memarkir kenderaannya.

Antara lokasi tumpuan yang mengenakan tambang parkir mencanak adalah di lapangan terbang kerana jangan terkejut ia boleh mencecah ribuan ringgit jika terlalu lama.

Begitulah yang dialami seorang pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 apabila dia terpaksa membayar caj parkir sebanyak RM2,084.

Lapangan terbang selaku pintu masuk negara sering dibanjiri pelawat. -Gambar hiasan

Berdasarkan perkongsian di TikTok, pengunjung wanita itu dilihat memberikan reaksi tergamam kerana perlu membayar jumlah wang sebegitu besar untuk servis lot parkir.

"Tak tahu la nak suka atau duka," tulis wanita itu berseloroh pada ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, difahamkan wanita itu memarkir keretanya di KLIA bermula dari 31 Disember tahun lalu hingga 13 Januari, hampir memasuki tempoh dua minggu.

Melewati ke ruangan komen, warga maya cuba menganggarkan berapakah kadar tambang yang dikenakan secara harian sehingga boleh mencapai jumlah ekstrem itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa mahal parkir kereta di lapangan terbang? Rupanya ada pilihan harga murah, siap ada servis ‘valet’ nak ke KLIA

"Kalau saya congak ni, sejam dekat RM6, maksudnya sehari RM144, itu tak termasuk waktu puncak mungkin caj itu akan meningkat, jadi logik je.

"Dah macam parkir premium jadinya, sepatutnya ada valet sekali kalau harga begitu, siap dengan cuci dan detailing, baru berbaloi," kata warga maya.

Dalam pada itu, pelayar turut mencadangkan alternatif lain yang lebih menjimatkan.

"Orang kampung berhampiran KLIA ada sediakan parkir dalam kawasan perumahan mereka, letak kereta dekat situ, kemudian pergi ke KLIA dengan menaiki e-hailing atau mereka sendiri boleh hantar," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain