INIASITIF Kampung Angkat Madani merupakan satu usaha yang dapat membawa perubahan positif yang signifikan dalam kehidupan masyarakat desa.
Melalui kerjasama strategik antara kerajaan, agensi berkaitan, serta komuniti setempat, inisiatif ini dapat membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan luar bandar.
Kampung Orang Asli Kelinsing di Sepang, Selangor dipilih sebagai Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi.
Dengan menyediakan kemudahan asas yang lebih baik seperti pusat komuniti, akses internet, serta peluang pendidikan dan keusahawanan, Kampung Angkat Madani berperanan dalam memperkasa masyarakat desa untuk maju setanding dengan kawasan bandar.
Antara Kampung Angkat Madani yang menerima inisiatif ini adalah Kampung Orang Asli Kelinsing di Sepang, Selangor.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, semasa tinjauan awal pihaknya di kampung berkenaan, kawasan tersebut tidak mempunyai dewan yang sesuai untuk membolehkan penduduk melaksanakan program pelancongan budaya dan tradisi serta aktiviti komuniti.
Kementerian Komunikasi menaik taraf balai budaya dengan pembinaan pelbagai kemudahan seperti kios perniagaan.
"Mengambil kira keadaan semasa di kampung dan matlamat keutamaan pelaksanaan program ini, Kementerian Komunikasi telah merancang lima skop projek, yang merangkumi pembinaan semula balai budaya dan pembinaan semula kantin.
"Selain itu, pembinaan semula tandas awam; pembinaan baharu ruang niaga dan menaik taraf infrastruktur serta pelaksanaan program keceriaan di sekitar kampung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi di kampung itu pada Sabtu.
Bukan hanya Kampung Orang Asli Kelinsing, malah lebih kurang 15 kampung Orang Asli di daerah Sepang juga dapat manfaat sama.
FAHMI
Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi, turut bersetuju untuk membangunkan sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional, atau lebih dikenali sebagai NADI.
Katanya, pembinaan NADI di Kampung Kelinsing itu diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi serta meningkatkan literasi digital dalam kalangan penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing khususnya dan masyarakat sekitar amnya, melalui perkhidmatan yang disediakan.
Fahmi (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengusaha baju tradisi.
"Harapan saya dengan beberapa prasarana yang telah disiapkan, bukan hanya Kampung Orang Asli Kelinsing akan dapat manfaat, malah lebih kurang 15 kampung Orang Asli di daerah Sepang juga dapat manfaat sama.
"Kita juga dapat lihat ada kiosk untuk jualan dan harapan saya, dengan NADI Kelinsing, komuniti dapat manfaat pembelajaran tentang sama ada geran, dan bantuan kerajaan, serta meningkatkan kemahiran untuk keusahawanan terutama dalam platform e-dagang," katanya.