suria

Kes bunuh Norshamira: Suspek ada rekod jenayah berkaitan judi

Suspek kes bunuh Norshamira direman sehingga 21 Februari.

SUSPEK kes pembunuhan peniaga makanan berusia 37 tahun, Norshamira Zainal, didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan perjudian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek berusia 53 tahun itu sebelum ini pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Selain itu katanya, suspek yang direman sehingga Jumaat ini juga sentiasa berpindah tempat.

"Siasatan kes ini masih diteruskan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bunuh Norshamira gadai gelang emas mangsa, nilai cecah RM30,000

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes bunuh peniaga COD ditahan... Polis rampas cincin, wang tunai

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata siasatan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan perjudian.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penemuan mayat seorang peniaga makanan wanita berusia 37 tahun di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan.

Difahamkan, mangsa menjalankan urus niaga makanan secara COD dengan siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Susulan, polis menahan seorang lelaki disyaki suspek kes bunuh wanita terbabit di sebuah rumah, di kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi Sabtu.

Turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

 

Artikel Lain