suria

Lelaki ditahan, ibu 3 anak dibunuh disyaki angkara cemburu

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

POLIS menahan seorang lelaki berusia 54 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ibu kepada tiga anak di Taman Seri Mangga, Seksyen 1 di Malim, Melaka.

Mangsa, yang merupakan penyanyi sambilan berusia 52 tahun, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh rakan serumahnya di sebuah bilik sewa di rumah itu, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit  berkata, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Senjata tajam yang didakwa digunakan suspek turut dijumpai," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat penyanyi sambilan ditemukan berlumuran darah di atas katil… Teman lelaki suspek utama

Menurut Christoper, seorang saksi di tempat kejadian memberitahu kedengaran pertengkaran antara suspek dan mangsa berlaku pada 21 Februari tetapi tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa.

"Bagaimanapun, saksi menjumpai mangsa dalam keadaan berlumuran darah apabila dia mengetuk dan membuka pintu bilik pada Ahad," katanya.

Christopher Patit memberitahu, berdasarkan keterangan saksi, suspek turut terbaring dan cedera di bilik sama.

Tambah beliau, suspek yang cedera kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum tangkapan dibuat.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek, manakala motif disyaki cemburu," katanya.

Sehubungan itu, Christopher meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan V Somsundram di talian 06-2842222. -The Star

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia