suria

SPRM temu bual doktor rawat Ismail Sabri

Ismail Sabri ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor, 22 Februari lalu.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sudah menemu bual doktor yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Portal tersebut yang memetik sumber melaporkan, temu bual bersama doktor berkenaan dilakukan bagi mengetahui tahap kesihatan Ismail Sabri susulan Ahli Parlimen Bera itu mendapat sijil cuti sakit daripadanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta… Ada kaitan siasatan kes rasuah babitkan Ismail Sabri

"Temu bual SPRM bersama doktor itu dilakukan hari ini (Jumaat), bermula pukul 3.30 petang.

"Temu bual itu dilakukan di sebuah hospital tempat doktor tersebut bekerja iaitu di Selangor," kata sumber tersebut.

Sumber itu bagaimanapun tidak mengetahui tempoh temu bual berkenaan dijalankan sambil menambah, ia hanya sekadar temu bual dan bukannya satu proses rakaman percakapan.

Media sebelum ini melaporkan Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat, tetapi beliau diberikan sijil cuti sakit sehingga Rabu.

Bekas perdana menteri itu yang kini terpalit dengan dakwaan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebelum ini memberikan keterangan pada 19 Februari lalu bagi membantu siasatan. -The Star

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia