suria

Midea Malaysia rekod pertumbuhan dua angka, inovasi rumah pintar mampu milik kukuh di pasaran

Mark (kanan) dan Peter (kiri) ketika Pelancaran Produk Baharu Midea 2025.

PASARAN hari ini menyaksikan pelbagai pilihan perkakasan rumah, sekali gus membuatkan ramai pengguna mahukan produk yang terbaik.

Oleh itu, penting untuk para pelanggan memilih produk yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga bijak dan mampu menjimatkan tenaga.

Jika anda masih tercari-cari jenama terbaik, Midea yang juga peneraju global dalam perkakas rumah pintar memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.

Paling penting, pameran tersebut juga menekankan komitmen syarikat untuk memudahkan lagi akses pengguna kepada perkakas rumah pintar yang cekap tenaga dan mesra pengguna.

Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam berkata, pelancaran produk baharu itu sekali gus menunjukkan komitmen Midea dalam menerajui gelombang perubahan dalam kehidupan pengguna.

"Pelancaran produk baharu ini sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam bagi pihak kami di Midea. Ia selaras dengan visi kami yang kuat dalam merangkul masa hadapan kehidupan rumah tangga.

"Keperluan kita kini berubah dengan lebih pesat dari satu hari ke satu hari yang lain - gaya hidup pengguna yang kian sibuk berbanding sebelum ini memerlukan teknologi perkakas rumah yang lebih bijak dan cekap.

"Dengan menggabungkan inovasi mampu milik, pembuatan berkualiti tinggi dan sokongan perkhidmatan pelanggan yang hebat, Midea komited menerajui gelombang perubahan untuk mengintegrasikan kehidupan pintar dengan keperluan setiap pengguna," ujarnya.

Kebanyakan pendingin hawa dan peti sejuk terbaharu Midea diiktiraf SEDA.

Turut menyertai konvensyen itu adalah Timbalan Pengurus Besar Midea Malaysia, Peter Jiang.

Memacu inovasi

Seiring perubahan dunia hari ini, inovasi merupakan perkara paling penting dalam setiap penghasilan produk yang melengkapi kehidupan pengguna.

Sejak sekian lama, Midea giat berusaha memajukan usaha seni reka dan inovasi mampan demi memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan kecekapan tenaga, integrasi kecerdasan dan reka bentuk bersepadu perkakas rumah pintar.

Memandangkan kos elektrik yang terus meningkat, pengguna semakin mengutamakan perkakas rumah yang cekap tenaga.

Kebanyakan pendingin hawa dan peti sejuk terbaru Midea diiktiraf Pihak Berkuasa Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), dengan 34 model pendingin hawa dan 13 model peti sejuk yang mencapai penarafan empat bintang atau lebih tinggi.

Selain itu, Midea turut menyaksikan peningkatan ketara dalam penggunaan pendingin hawa penyongsang, dengan model cekap tenaga kini meningkat sebanyak 40 peratus daripada jumlah jualan.

Selain kecekapan tenaga, kesepaduan perkakas dengan keperluan rumah tangga juga merupakan salah satu lagi faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna.

Perkakas rumah pintar terkini Midea sememangnya selaras dengan permintaan ini dengan menawarkan reka bentuk terbina moden yang dilengkapi dengan fitur kecerdasan buatan.

Midea menawarkan promosi Aidilfitri bermula 16 Mac 2025.

Malah, rangkaian produk terkini dilengkapi dengan kecekapan RFID dan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal peralatan mereka dari jauh melalui Aplikasi SmartHome untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih intuitif dan tersambung.

Pasaran Malaysia berkembang pesat

Atas permintaan hangat daripada pengguna, Midea terus kukuh sebagai salah satu jenama perkakas rumah cekap tenaga yang paling pesat berkembang di negara ini.

Segmen pendingin hawa syarikat mencerminkan momentum pasaran yang mampan dengan merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) melebihi 30 peratus, sambil mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) untuk syarikat sebanyak 20 peratus bagi tempoh lima tahun lalu secara keseluruhannya.

Pada tahun ini, Midea Malaysia menetapkan sasarannya untuk mencecah RM1 bilion bagi nilai jualan tahunan.

Ia juga mengunjurkan pertumbuhan dua angka atas keupayaan rangkaian peniaganya yang melebihi 1,000 di seluruh negara untuk memudahkan lagi akses pengguna kepada inovasinya demi mencapai pertumbuhan mampan lagi pesat.

Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan syarikat dalam menyampaikan penyelesaian rumah pintar dan produk yang lebih pintar dan cekap tenaga kepada pengguna, Midea juga giat mengembangkan rangkaian kedai Midea Brands Stores.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, syarikat merancang untuk menaik taraf lebih 50 kedai ini di seluruh negara.

Pada masa sama, Midea juga akan menempatkan terminal jualan yang dilengkapi dengan sokongan teknikal profesional, perundingan pakar, dan perkhidmatan pengalaman sehenti yang komprehensif, seterusnya menunjukkan komitmen teguh syarikat terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan dan peranan strategiknya dalam pembangunan industri.

Midea Malaysia menetapkan sasarannya untuk mencecah RM1 bilion bagi nilai jualan tahunan pada 2025.

Sebagai sebahagian daripada transformasinya menjadi jenama yang dipacu teknologi, Midea juga akan memperkayakan kehadiran runcitnya dengan pengalaman membeli-belah yang lebih mesra dan mengasyikkan kepada pengguna.

Syarikat sedang merombak susun atur kedai untuk menawar pengalaman teknologi inovatif dalam persekitaran yang menarik dan interaktif selaras dengan komitmennya terhadap inovasi perkakas rumah pintar.

Gelombang perubahan pintar

Pelancaran rangkaian perkakas rumah pintar yang cekap tenaga oleh Midea juga menampakkan usaha syarikat dalam menerajui gelombang perubahan kehidupan pintar terkini.

Dari dapur hingga ke bilik tidur, inovasi berpelbagai ini direka untuk memudahkan kehidupan warga Malaysia dengan pengalaman yang bersepadu, moden dan mesra pengguna.

Berpusatkan aplikasi SmartHome, Midea menyepadukan teknologi Data Besar, Kecerdasan Buatan, Pengkomputeran Awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk membolehkan pengalaman rumah pintar di mana pengguna bebas meluangkan masa bersama keluarga di samping mengawal perkakas rumah menerusi telefon.

Ketika Midea memajukan visinya untuk rumah yang lebih pintar dan lebih mampan, barisan produk baharu ini akan tersedia secara rasmi dalam masa yang terdekat.

Promosi Aidilfitri

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Midea menawarkan promosi di mana pelanggan akan menerima ganjaran eksklusif Touch 'n Go sehingga RM500 bermula 16 Mac 2025.

Ikuti saluran rasmi Midea Malaysia untuk maklumat selanjutnya dan juga pengumuman terkini yang lain.

Artikel Lain