suria

Bekas pelakon filem dewasa Jepun Kae Asakura solat jemaah di Masjid Sri Sendayan... Buka puasa makan nasi dagang gulai ayam

Asakura berkongsi pengalamannya berbuka puasa di Malaysia.

BEKAS bintang filem dewasa Jepun, Kae Asakura, yang juga dikenali sebagai Rae Lil Black, menarik perhatian rakyat selepas Malaysia berkongsi pengalaman menunaikan solat di beberapa masjid terkemuka di negara ini.

Pada hari kedua di Malaysia, Asakura membuat satu hantaran di Instagram Story menunjukkan dia pada ketika itu berada di Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan.

Asakura yang mempunyai 2.1 juta pengikut di Instagram turut mengenakan niqab dan berkongsi bahawa dia berpeluang menunaikan solat Asar, Maghrib, Isyak, serta mengikuti solat sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah.

“Hari kedua di Malaysia. Masjid Sri Sendayan. Selesai di masjid yang cantik ini,” katanya dalam penulisan bahasa Inggeris, memuji masjid berkenaan.

Asakura menjalani ibadah puasa di Malaysia.

Selain itu, dia juga berkongsi beberapa foto suasana dan hidangan berbuka puasa bersama jemaah lain, termasuk kuih-muih tradisional seperti roti jala, tepung pelita, roti john, murtabak, serta nasi dagang dan nasi berlauk. 

Sebelum ini, Asakura mula mendapat perhatian apabila membuat hantaran berkongsi pengalamannya mengimarahkan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. 

Dia meluahkan keterujaannya menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai saudara baharu dalam Islam. 

"Pengalaman Ramadan pertama saya. Syukur untuk perjalanan penuh rahmat ini. Semoga bulan ini membawa keberkatan, ketenangan dan hidayah yang kita perlukan," tulisnya menerusi ruang kapsyen hantaran di Instagram.

Penampilan Asakura juga berubah dengan memadam status terdahulu di media sosial dan memuat naik hantaran baharu yang memaparkan dirinya berhijab. 

Untuk rekod, perjalanan hijrahnya memeluk Islam bermula pada 2024, apabila dia mula berkongsi gambar dirinya mengenakan pakaian lebih tertutup. 

Asakura menyatakan bahawa meskipun ibu bapanya beragama Buddha, mereka menerima keputusannya untuk memeluk Islam dan menyediakan ruang solat di rumah mereka di Kyoto, Jepun.

Artikel Lain