ANGKA kematian melibatkan nahas lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meningkat kepada 10 orang.
Menerusi laporan awal, lapan anggota FRU disahkan terbunuh selepas trak dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan batu.
Kemudiannya, dua lagi anggota FRU turut dilaporkan terkorban, menjadikan angka kematian meningkat kepada 10 orang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... 8 anggota FRU maut selepas terlibat nahas dengan lori muatan batu
Jumlah sebenar anggota FRU yang berada di dalam trak semasa kemalangan itu adalah 18 orang.
Sementara itu, pemandu lori treler muatan batu yang menjadi punca kemalangan pula ditahan untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, mStar melaporkan kemalangan membabitkan kenderaan membawa anggota FRU dan sebuah lori di Jalan Chikus -Sungai Lampam, Teluk Intan kira-kira 8.30 pagi, Selasa.