suria

Tragedi berulang... Kemalangan maut libatkan anggota FRU pernah berlaku lebih 3 dekad lalu

Keratan akhbar mengenai kemalangan trak FRU pada Februari 1990. -Foto Facebook Pertubuhan Anak Polis Malaysia - PAPM

SEJARAH berulang!

Begitulah yang dapat diungkapkan mengenai kemalangan ngeri membabitkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan pada Selasa.

Nahas hari ini ternyata mengimbas semula tragedi sama lebih tiga dekad lalu yang berlaku di Lebuhraya Karak pada 28 Februari 1990.

Dalam tragedi hitam itu, seramai 11 anggota FRU daripada Trup 4B, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia.

Antara mangsa yang terkorban dalam tragedi pada 1990.

Trak dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah bas ekspres yang hilang kawalan akibat kerosakan brek ketika menuruni cerun.

Lebih tragis, trak FRU itu kemudiannya dihentam oleh sebuah lagi lori tangki yang mahu mengelak perlanggaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian meningkat, 10 terkorban nahas FRU dengan lori pasir

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... 8 anggota FRU maut selepas terlibat nahas dengan lori muatan batu

Empat orang awam turut terbunuh akibat kemalangan itu.

Dalam tragedi hari ini pula, sembilan anggota FRU maut selepas trak dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan batu.

Pemandu lori muatan batu turut terkorban, menjadikan angka kematian seramai 10 orang.

Semoga roh mangsa dua tragedi ini bersemadi dengan tenang.

Kesemua anggota FRU yang terkorban juga akan sentiasa dikenang sebagai wira negara buat selama-lamanya.

Artikel Lain