suria

“Kasihan hantu kena fitnah, padahal ombak yang tarik”

Paparan skrin yang diambil daripada rakaman video seorang kanak-kanak hampir lemas ditelan ombak di Pantai Kemayang. - Foto Facebook Kelantanese

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada seorang budak lelaki yang nyaris lemas ditelan ombak, teruk dikecam netizen kerana membiarkan kanak-kanak itu bermain di kawasan pantai tersebut.

Insiden yang didakwa berlaku di Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan itu menjadi tular di media sosial sehingga mencecah 53,000 tontonan sejak dimuat naik pada petang Isnin.

Menerusi video berdurasi satu minit 12 saat itu, kelihatan sepasang lelaki dan wanita yang dipercayai ibu bapa kepada budak lelaki tersebut cuba menyelamatkan anak mereka daripada dihanyutkan ombak.

Sebaik berjaya dibawa ke tempat selamat, kanak-kanak itu berkata: "Ada orang heret adik, ma (ibu). Ada orang heret adik, ma."

Seorang pengguna Facebook, Fieqa Iqa meninggalkan komen lucu kerana bersimpati apabila makhluk halus pula yang dipersalahkan dalam kejadian itu.

BACHOK.. Di Pantai Kemayang. info dari kanak² tu cakap ada Org tarik dia masuk dlm air... pada ibu bapa awasi anak-anak anda musim tengkujuh ni..

Posted by Kelantanese on Sunday, November 11, 2018


Posting mengenai insiden itu dimuat naik di Facebook Kelantanese pada Isnin.

"Kesian hantu kena fitnah, sedangkan ombak tu yang tarik.

"Ombak besar, jadi faham-fahamlah. Bukan orang je yang ditarik, batu-batu pun diheret pergi," tulisnya.

Sementara itu, Khairul Erol berkata, sememangnya kanak-kanak akan bercakap macam perkara kerana takut dengan situasi yang berlaku ke atas mereka.

"Budak bila takut, macam-macam la cakap. Musim ni tak boleh bermain di pantai dah kalau tiada kerja," katanya.

Manakala, Rohani MJunus pula berkata, tiada sesiapa yang menarik kanak-kanak itu memandangkan sekarang sememangnya musim cuaca buruk.

"Semakin lama semakin air itu menarik masuk ke dalam laut. Memang jenis air itu begitu, air punyalah bergelora, macam tu pun masih berani," tulisnya.

Bagaimanapun, identiti kanak-kanak dan pasangan yang menyelamatkannya belum dikenal pasti.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ombak, lemas

Artikel Lain