WANITA mana yang tidak mengidamkan tangan yang gebu, kulit halus mulus dan jari-jemari runcing. Malahan, ada kalanya hanya kerana tangan boleh membuatkan si lelaki cair. Namun seorang gadis runsing dan gundah gulana telah meluahkan rasa terkilannya di laman sosial Twitter gara-gara tangannya berbulu. "Kadang aku geram juga pasal jari tangan aku tak macam perempuan lain siap ada misai, tiap bulan nak kena bleach (luruhkan bulu) tak pun threading (cabut bulu menggunakan benang). Tapi ada sorang akak tu cakap, bersyukur lah tak semua orang macam awak. Cantik apa. Ok since that day aku terimaaaaaaaaaaaaaa jelah," katanya yang turut memuat naik gambar tangannya, sehingga diulang kicau lebih 3,000 kali. Keluhan Nuna di Twitter mengenai misai dan tangan berbulu. Gadis bernama Nuna ini kemudiannya menerima banyak maklum balas termasuk foto sekeping kertas pasir, satu gurauan sinis yang mempunyai maksud begitu mendalam. Nuna atau nama sebenarnya Husna Adzhar menjelaskan bahawa luahan tersebut bermula daripada cincin idamannya sejak tahun lalu yang baru dibelinya. Anak kelahiran Mentakab, Pahang berusia 22 tahun ini berkata, bulu di bahagian tangannya 'menjejaskan' seri cincin yang dipakai. Antara maklum balas yang diterima Nuna adalah foto sekeping kertas pasir. Foto Instagram tales0fnuna Bagaimanapun, Nuna memberitahu ia bukan pertama kali menerima sindiran mengenai tangannya yang mungkin disangka tangan lelaki, malah turut mempunyai bulu halus di atas bibir sehingga disalah anggap sebagai misai. "Dari kecil lagi tangan saya terutama di jari sudah berbulu. Bila semakin dewasa baru tumbuh 'misai' yang perlu 'dibuang' sebulan sekali. "Ada kata 'handsome' nya awak. Ada juga yang kata muka dah cantik tapi ada 'misai' pula. Tak dinafikan mula-mula tu saya rasa tersinggung, tapi lama-kelamaan dah biasa dengan gurauan dan sindiran mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. 'Misai' Nuna perlu dibuang sekali setiap bulan. Foto Husna Adzhar Nuna mengakui pada awalnya dia hilang keyakinan diri tetapi selepas mendapat sokongan ramai termasuk netizen menerusi perkongsiannya baru-baru ini, dia lebih bersemangat. Ada kata 'handsome' nya awak. Ada juga yang kata muka dah cantik tapi ada 'misai' pula. Husna Adzhar Perunding kecantikan Tidak mahu lagi menoleh, anak sulung daripada lima beradik ini bersyukur dengan keadaan dirinya yang mungkin jauh lebih baik berbanding segelintir yang lain. "Saya dapat banyak maklum balas. Rupa-rupanya bukan saya seorang kerana sebenarnya ramai lagi wanita yang mempunyai tangan berbulu. Malah, ada seorang lelaki yang beritahu tangannya tak ada bulu sampai dilabel sebagai pondan. "Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, saya cukup terharu. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Semua orang itu cantik dengan cara mereka tersendiri. Bulu di bahagian dikatakan menjejaskan 'seri' pada cincin yang dipakai. Sejak perkongsiannya tular, Nuna yang merupakan perunding kecantikan menerima banyak mesej di Twitter terutama daripada lelaki yang mahu berkenalan dan menerimanya seadanya, malah 'mencuba nasib' untuk melamarnya. "Antara mesej yang saya dapat - adakah jodoh tangan kita sama, termasuk ada yang tanya “salam sis, mak saya tanya saiz jari berapa, nak bagi cincin”. "Saya selamba jawab saiz jari 10. Salah satu mesej 'nak bagi cincin' tu saya tunjuk kat mak... dia cuma tergelak saja," katanya secara berseloroh sambil menganggap mesej seperti itu sekadar gurauan.