suria

Ingatkan berlakon rupanya betul-betul, bapa tak sangka anak beri kejutan kereta

Cucu kongsi momen datuk diberi kejutan kereta sempena ulang tahun kelahiran ke-68 tahun.

IBU bapa antara nikmat yang dikurniakan kepada kita dan bukan semua berpeluang untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Justeru itu, Azmira Shafiai, 43, serta empat orang lagi adiknya iaitu Azliza Shafiai, 42, Azurawati Shafiai, 39, Amey Azila Shafiai, 32, dan Muhd Aizad Shafiai, 27, berkongsi cara mereka menghargai kedua orang tuanya.

Mereka memberi kejutan yang cukup istimewa buat bapa tercinta iaitu dengan memberikan hadiah berupa sebuah kereta.

Menceritakan detik indah itu, anak Azmira iaitu Nur Farra Aniesya Zoharizan, 20, berkata kereta itu dibeli oleh ibunya bersama empat beradik lain sebagai kejutan sempena ulang tahun kelahiran datuknya, Shafiai Bahari ke-68.

"Sebenarnya atuk sudah lama berhajat untuk tukar kereta kancil sebab Proton Saga lama yang dibeli 15 tahun lalu sering meragam dan tak boleh dibaiki lagi.

Video kegembiraan yang dikongsikan di laman Twitter itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

"Aircond tak ada, banyak yang rosak dan tak selesa. Tak sanggup tengok kereta lama atuk sering tersadai di tepi jalan.

"Ibu pun cuba bincang dengan adik-beradik lain untuk surprise atuk dengan kereta baharu sempena hari jadinya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sebelum itu, gadis tersebut berkongsi video kegembiraan itu di laman Twitter dan menerima lebih 5,000 ulang kicau serta mendapat lebih 6,000 tanda suka.

Video berkenaan membuatkan ramai netizen tersentuh dan menjadikan ia sebagai inspirasi sebagai menghargai ibu bapa mereka.

Bercerita lanjut, Farra berkata kejutan yang dirancang ibu dengan empat beradik itu turut disalah anggap datuknya yang menyangka ia sekadar lakonan.

"Kami memang suka rakam video. Apa sahaja yang dilakukan kalau boleh kami akan rekod.

"Sehingga masa kami nak buat kejutan itu, atuk ingat kami suruh dia berlakon untuk pandu kereta baharu itu. Dia tidak menyangka kereta itu sebenarnya memang miliknya.

"Nenek pun ingatkan ia sekadar lakonan. Dia beritahu atuk jangan terlalu percaya sangat. Selepas atuk selesai pandu kereta itu, mereka memaklumkan kereta itu miliknya dan dia mula sebak," katanya.

Jelas Farra lagi, datuknya sebelum ini berniaga buah harum manis secara kecil-kecilan di warung berhampiran rumah mereka yang terletak di Arau, Perlis dan pernah menyimpan niat untuk membeli kereta baharu.

Namun kini, wang hasil perniagaan itu boleh digunakan untuk belanja harian atau kegunaan hari tua mereka sahaja.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hadiah, kereta

Artikel Lain