JANGAN betulkan laman sosial anda, atau mengelipkan mata berkali-kali kerana apa yang dipaparkan adalah realiti bukan fantasi. Bukan surat berangkai atau mesej berhantu, tetapi dua gambar seorang pemuda yang tular di media sosial mengejutkan ramai mata memandang sehingga menimbulkan tanda tanya. Keterangan sensasi pada gambar berkenaan di Twitter, mencetuskan pelbagai andaian – Dari memakai lampin, tuala wanita sehingga dakwaan disuntik, gara-gara bahagian punggung jejaka itu dikatakan bersaiz ‘luar biasa’. Antara perkongsian mengenai bentuk badannya yang tular di media sosial. Pemuda itu, Muhammad Mustaqim Anuar bagaimanapun menjelaskan gambarnya yang tersebar itu adalah asli dan bukan suntingan seperti yang didakwa. Guru berusia 25 tahun di sebuah sekolah rendah di Segamat, Johor ini menegaskan ia adalah kesan daripada amalan diet pemakanan dan aktiviti kecergasannya saban hari. Itu bukan suntingan. Kalau nak tahu, saya memang rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari, macam Ahad pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba, dan Selasa pula berenang, dan ia berulang setiap hari. MUHAMMAD MUSTAQIM ANUAR Guru “Itu bukan suntingan. Kalau nak tahu, saya memang rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari, macam Ahad pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba, dan Selasa pula berenang, dan ia berulang setiap hari. “Saya juga mengamalkan diet dari Ahad hingga Khamis, tak ambil makanan berminyak, tak ada nasi dan minuman manis. ‘Cheat day’ saya untuk makan macam-macam hanya pada Jumaat dan Sabtu,” katanya ketika dihubungi mStar Online. Cikgu Aqim rajin bersenam di gim, selain berenang dan mengikuti kelas zumba. Foto Instagram qimanna Lebih dikenali sebagai Cikgu Aqim, dia tidak menafikan banyak latihan squat yang dilakukannya setiap hari membuatkan bahagian tersebut ‘terbentuk’. Tambah anak kelahiran Kuala Terengganu ini, sesi latihan squat dibuat selama kira-kira 30 minit sama ada di rumah atau di gim. “Sebelum ni pun ada video-video senaman squat saya kongsikan di laman sosial. Selain itu, saya juga kerap berjoging mengikut keadaan. “Ia terbentuk bukan sekelip mata terus jadi macam tu. Saya bersenam dan mengamalkan diet selama lebih setahun,” ujar anak ketiga daripada empat beradik yang dibesarkan di Kuala Berang ini. Latihan squat antara senaman yang membantu mengubah bahagian badannya. Namun Cikgu Aqim tidak ambil peduli kata-kata yang dilemparkan terhadapnya di media sosial kerana ia hanya melemahkan semangatnya. “Kalau saya layan nanti akan menganggu emosi. Jadi, lebih baik saya berfikiran positif dan menganggap semua kata-kata tu sekadar gurauan. “Ada komen yang sempat saya baca, hanya ketawa dan memberi respons. Mana-mana komen keterlaluan di laman sosial sendiri, mereka akan disekat (block),” katanya sambil menambah pernah mempunyai berat badan berlebihan iaitu 70 kilogram dan mengurangkannya menerusi senaman. Perubahan fizikal Cikgu Aqim sebelum dan selepas mengamalkan aktiviti kecergasan. Dia turut mengakui perubahan ketara pada bahagian badannya itu turut disedari keluarga, teman-teman rapat dan anak-anak muridnya. “Ada yang tahu aktiviti rutin saya mengamalkan gaya hidup sihat, dan mereka akan faham sendiri. “Ada juga kenalan pernah menyamakan bahagian tersebut seperti Kim Kardarshian. Saya hanya gelak saja, tak ambil serius dan anggap sebagai gurauan,” katanya yang merujuk kepada selebriti antarabangsa dan bintang realiti televisyen terkenal.