suria

Kecewa layanan butik mewah, lelaki gunting beg harga RM20,000

GARA-gara berang dengan layanan jurujual di sebuah cawangan butik mewah di ibu kota, seorang lelaki dikenali sebagai Zainal Abidin Awang, mengambil tindakan menggunting beg yang dibelinya di hadapan petugas butik berkenaan.

Rakaman kejadian itu sempat dirakam penulis, Ismail Ariffin atau Lepat.

Dalam satu perkongian video yang dikongsi Lepat di laman Facebook, beliau dilihat merakam tindakan Zainal yang juga kenalan Lepat, sedang menggunting beg kecil berjenama itu.

Video berkenaan menimbulkan tanda tanya netizen punca kejadian itu sehingga menyebabkan Zainal sanggup menggunting beg mewah yang dibelinya.

Menerusi komen yang ditulis oleh Zainal dalam video berkenaan, beliau sangat kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh staf di butik itu.

Walaupun Lepat berambut panjang dan Zainal pula sekadar berselipar, staf butik berkenaan sepatutnya melayan semua pelanggan sama rata tanpa diskriminasi.

Difahamkan juga tujuan Zainal ke butik berkenaan adalah untuk membuat tag nama bagi beg yang dibelinya, baru-baru ini.

Selepas permintaan untuk menulis nama ditolak, Zainal meminta gunting dan seterusnya menggunting beg dibelinya di depan staf berkenaan.

Ia mungkin satu pesanan Zainal buat jurujual itu dan semua pihak sebagai satu pengajaran supaya tidak memandang rendah pelanggan dan melayan setiap pelanggan sama rata.

"Saya mohon maaf saya tak boleh terima sahabat saya dihina dan bangsa saya dihina Kita Melayu di pandang bangsat di Bumi sendiri (mereka buta tak boleh nampak)," tulisnya.

Malah Zainal turut memuatnaik harga beg hijau yang digalas dalam video adalah beg duffle edisi khas yang bernilai sekitar AS$7,159 (RM21,120) di e-Bay. - Sinar Harian

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
beg, gunting, butik mewah

Artikel Lain