suria

“Ayah dah siap pakai baju Melayu kuning, bila keluar tengok dah tak ada”

Rashida bersama bapanya, Ramli Ilong, 85, yang hilang sejak Isnin lalu.

TATKALA seluruh umat Islam sedang bersiap untuk menyempurnakan ibadah puasa pada hari pertama Ramadan Isnin lalu, tak semua menghadapinya dengan tenang dan gembira.

Buat keluarga Rashida Ramli, 58, mereka cemas mencari bapanya, Ramli Ilong, 85, yang hilang secara tiba-tiba sekitar sejam sebelum masuknya waktu berbuka.

Bercakap kepada mStar, Rashida mengakui sedih memikirkan nasib bapanya memandangkan keadaan kesihatan warga emas itu yang bergantung kepada ubat-ubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 8 Hari, Warga Emas Dijumpai Terbaring Dalam Hutan

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi pasar malam, Alamanda, tengok wayang, kemudian tak angkat telefon!”

Mengimbas detik kehilangan, keluarganya pada waktu itu bercadang untuk berbuka puasa di sebuah masjid berdekatan kediaman mereka di Bandar Sri Damansara, Selangor.

"Masa tu sekitar pukul 6 petang, ayah dah siap pakai baju Melayu kuning. Dia bersemangat nak berbuka puasa di masjid.

"Tapi masa tu awal lagi, dalam 6.30 petang baru nak gerak. Jadi dia duduk di laman rumah saya. Bila keluar, tengok dia dah tak ada.

"Kami cari seluruh kawasan taman, tanya masjid, memang kelam-kabut. Ayah pula uzur, saya takut dia naik teksi atau pengangkutan awam sebab dia bawa duit," ujar Rashida sewaktu dihubungi pada Khamis.

Posting mengenai kehilangan warga emas itu yang ditularkan menerusi laman Twitter.

Bercerita mengenai kesihatan bapanya, Rashida memaklumkan warga emas itu yang juga bekas sarjan polis menghidap darah tinggi.

"Dia ambil ubat untuk darah tinggi, kalau dia tak makan ubat atau penat, memori dia akan terganggu.

"Kalau tekanan darah naik tinggi, dia boleh kena strok atau parkinson. Sebab tu dia kena makan ubat," ujar Rashida.

Tambahnya lagi, ia bukanlah kali pertama bapanya hilang namun dia berjaya ditemui di kawasan kediaman mereka dalam kejadian sebelum ini, sekitar Disember 2018.

Saya menangis fikir pasal ayah, dia tak sihat dan tak makan ubat. Kalau duit dia habis, macam mana dia nak makan.

RASHIDA RAMLI

Mengimbas detik selepas kejadian, Rashida memaklumkan mereka berbuka ala kadar sahaja memandangkan semua ahli keluarganya sedang bersusah hati dengan kehilangan itu.

Malah, dia juga hanya sempat menjamah kurma sahaja sebaik tiba di masjid memandangkan juadah yang disediakan sudah habis pada hari kejadian.

Rashida sekeluarga bersama bapanya yang hilang sejak Isnin lalu.

Selain membuat laporan polis pada Selasa, Rashida turut meminta anaknya, Najmeen Azam, 26, agar menularkan kes kehilangan warga emas itu menerusi laman Twitter.

"Saya dah buat laporan polis, selepas itu saya minta anak post di Twitter untuk viralkan. Ada beberapa orang yang bagi info, kami pergi tapi tak jumpa.

"Saya menangis fikir pasal ayah, dia tak sihat dan tak makan ubat. Kalau duit dia habis, macam mana dia nak makan," ujarnya dalam nada sebak.

Posting mengenai kehilangan warga emas itu sehingga kini dikongsi lebih 14,000 pelayar Twitter.

Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka dan berdoa agar bapa Rashida ditemui segera.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan maklumat mengenai kehilangan itu, Rashida boleh dihubungi pada talian 016-3633839.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain