suria

Bazar Ramadan Dataran Merdeka hambar? “Takkan nak sampai pengsan, tak boleh nafas baru kata meriah”, anak jati KL ini siap petik nama Usain Bolt, Anita Sarawak

Bazar Ramadan di Jalan Raja, Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Bazar Ramadan Kuala Lumpur merupakan lokasi baharu menggantikan bazar di Jalan Tunku Abdul Rahman. Foto Mohamad Syafiq

HAMBAR, lengang dan sunyi... demikian dakwaan mengenai hari-hari pertama operasi bazar Ramadan di Jalan Raja, dekat Dataran Merdeka di ibu negara.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, keputusan menempatkan peniaga bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India ke Jalan Raja selaras dengan penyusunan semula yang dirangka.

Selain turut kecoh di media sosial, dilaporkan segelintir pihak terutama peniaga dan orang awam menyifatkan lokasi baharu itu tidak semeriah bazar di Jalan TAR.

ARTIKEL BERKAITAN: Bazar Ramadan Lorong TAR berpindah ke Jalan Raja

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi bazar perayaan popular di KL


Bazar Ramadan Jalan Raja terletak antara Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, seorang pengunjung membuat perkongsian di laman sosial mengenai pandangan peribadinya mengenai bazar Ramadan di Jalan Raja itu sehingga menjadi tular.

Menurut Mohamad Syafiq, dia yang juga warga Kuala Lumpur (KL) itu terpanggil untuk berkunjung ke bazar berkenaan sebab ia heboh dikatakan tidak mendapat sambutan.

"Hari ni aku pergi Bazaar Ramadan KL sebab heboh tak dapat sambutan katanya. Peniaga dan pengunjung boikot.

"Sebagai warga KL yang seumur hidup tinggal beralamatkan Kuala Lumpur maka berilah peluang aku menilai," katanya.

Peniaga membuat persiapan di tapak Bazar Ramadan Kuala Lumpur. Foto Bernama

Mohamad Syafiq berkata, bazar Ramadan di Jalan Raja tersusun, teratur dan selesa, begitu ketara sekiranya mahu dibandingkan dengan lokasi sebelum ini.

Jelasnya, tapak baharu di depan Dataran Merdeka itu membariskan kedai-kedai yang tersusun dengan persekitaran yang bersih dan mempunyai kemudahan kipas dan lampu yang banyak.

"Jika seumur hidup aku terpaksa teman mak, kawan, awek dan isteri ke Jalan TAR maka setiap tahun aku terpaksa menahan sabar, rimas dan bosan.

"Jalan TAR tu tak sesuai langsung jika kau nak bersantai membeli barang. Jika bawak anak kecil ke Jalan TAR maknanya kau selfish (pentingkan diri sendiri).

"Konon Bazar Ramadan KL tahun ni tak meriah, takkan sampai nak pengsan tak boleh bernafas baru nak rasa meriah. Berasak-asak sampai nak bernafas pun susah," ujarnya sambil menambah kemudahan penyaman udara memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.

Pengalaman berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Merdeka. Foto Bernama

Dia turut menafikan dakwaan tiada pengangkutan awam kononnya menyukarkan akses ke bazar yang juga terletak di sebelah bangunan bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad itu kerana ia berdekatan dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek.

"Anak orang kaya mana reti naik LRT. Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Dataran Merdeka je. Kalau kau Usain Bolt dalam 10 saat kau berlari dah sampai Dataran Merdeka," katanya yang merujuk kepada legenda pecut dunia.

"Di bawah Kelab Diraja Selangor (kini Dataran Merdeka) ada parkir kereta yang banyak dan murah. Jika dahulu di Jalan TAR harga sekali masuk parking RM12-RM15 tapi tadi aku kena RM6 sahaja," tambahnya.

Kawasan lebih santai dan ridah di Dataran Merdeka. Foto Mohamad Syafiq

Bersebelahan dengan Dataran Merdeka, sekali gus menjadi ia sebagai kawasan lebih santai dan riadah buat pengunjung khususnya ibu bapa yang membawa anak kecil.

Konon Bazar Ramadan KL tahun ni tak meriah, takkan sampai nak pengsan tak boleh bernafas baru nak rasa meriah. Berasak-asak sampai nak bernafas pun susah.

Mohamad Syafiq

Sementara kaum ibu membeli belah, katanya, golongan bapa boleh melayan anak-anak bermain dan berlari dengan gembira di padang.

"Kau tak boleh buat macam ni di Jalan TAR, hilang anak kau nanti. Ada juga yang berbuka puasa di padang dan kemudian bersolat di Masjid Jamek. Lepas solat terus sambung membeli-belah," katanya.

Kemudahan parkir untuk pengunjung. Foto Mohamad Syafiq

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa lokasi bazar di Jalan Raja itu masih berdekatan dengan Jalan TAR dan Jalan Masjid India.

"Membohong 'makcik bawang' semua kalau pergi Jalan TAR tapi tak singgah Semua House, Jalan Masjid India dan terus ke Jakel Mall. Tapak baharu ini dekat je dengan kawasan lama sebenarnya.

"Aku sentiasa hormat kekuatan stamina kaum wanita dalam kes tawaf semua kawasan. Stamina mereka seperti Anita Sarawak sedang 'perform' di konsert, bak stamina kuda lumba," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain