suria

Pelajar Cina suka berhijab... selendang, tudung bawal jadi koleksi, “Baju raya dah 'terpakai' masa iftar dengan kawan-kawan”

Ujar Yen, dia suka berkawan dengan pelbagai kaum yang ada di negara ini.

KEPELBAGAIAN bangsa di negara ini membolehkan kita saling mempelajari dan mendalami budaya masing-masing.

Tanpa mengira asal-usul, saban tahun kita bersama-sama meraikan semua perayaan yang wujud dalam suasana yang cukup harmoni.

Begitu juga dengan Yen Yen, 17, seorang gadis berbangsa Cina yang tular di laman Twitter kerana gambarnya yang manis mengenakan hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ambil makanan tak banyak...” - Siapa lelaki berjubah, berkopiah, tapi di leher ada tatu bunga ros?

Bercerita kepada mStar, remaja berusia 17 tahun ini mengakui suka berkawan dengan semua bangsa yang ada di negara ini.

Malah, gadis yang mesra disapa Yen ini juga suka mengenakan tudung kerana mempunyai ramai rakan berbangsa Melayu.

Yen (kiri) memakai baju kurung hitam sewaktu majlis berbuka puasa dengan rakan-rakanya.

"Kita kan satu negara, kenalah berkawan dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Perlu tunjukkan bahawa tidak ada pun sikap perkauman.

"Saya mula cuba pakai tudung sejak sekolah rendah. Seingat saya sekitar tahun dua. Saya ada ramai kawan Melayu sebab belajar kat sekolah kebangsaan biasa.

"Tak adalah selalu pakai, kadang-kadang sahaja suka-suka. Biasanya kalau ada sambutan hari raya di sekolah, saya akan pakai," ujarnya sewaktu dihubungi.

Saya lebih suka pakai selendang. Setakat ni ada empat helai. Dua selendang dan dua tudung bawal.

YEN YEN

Menurut Yen lagi, dia tidak berasa rimas sebaliknya selesa setiap kali mengenakan tudung.

Malah, dia juga mempelajari teknik memakai tudung melalui rakan-rakan sekolahnya di Kluang, Johor.

"Sebenarnya rasa selesa pakai tudung. Bila keluar, boleh cover pandangan mata, orang tak tengok sangat.

"Saya lebih suka pakai selendang. Setakat ni ada empat helai. Dua selendang dan dua tudung bawal.

"Ada yang kawan-kawan bagi, ada juga yang beli sendiri," ujarnya lagi.

Yen terharu dengan komen positif yang diterimanya menerusi laman Twitter.

Dalam pada itu, Yen turut membeli sehelai baju kurung menerusi platform dalam talian untuk dipakai pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Jelasnya, pemakaian busana tradisional itu membolehkan dirinya nampak sama dengan rakan-rakan lain sewaktu beraya kelak.

"Saya ada beli baju kurung online baru-baru ini. Ingat nak pakai untuk beraya nanti.

"Tapi Sabtu lalu saya dah 'terpakai' masa iftar bersama kawan-kawan sekolah," kata Yen.

Foto Yen yang tular di Twitter.

Mengulas reaksi positif yang diterimanya di Twitter, Yen mengakui gembira dan terharu dengan komen yang diberikan kepadanya.

Malah, rata-rata pelayar Twitter turut memuji kejelitaan Yen yang cukup manis mengenakan tudung.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 15,400 ulang kicau (Retweet).

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain