“ADIK pergilah tolong, takde siapa yang bantu tu,” demikian pinta seorang ibu kepada anak bongsunya. Sebaik sahaja mendengar kata ibunya itu, Ashry Amer bergegas keluar dari kereta menuju ke lokasi kemalangan yang berlaku di Jalan Kuching, berdepan Sunway Putra dalam kejadian pada Sabtu itu. Mengimbas kembali insiden yang berlaku di depan matanya, remaja berusia 17 tahun itu memberitahu, ketika kejadian dia sedang merakam kesesakan trafik di situ menerusi telefon bimbitnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa maut 'pelik' sebelum kemalangan - Kakak ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi pagi raya, sempat pakai sejam je... Ayah kata “Dah tahu baju labuh nak bawa motor juga” “Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Rawang. Ketika melalui laluan tersebut, kelihatan tiga kenderaan dan sebuah basikal terlibat dalam kemalangan. “Ayah saya memperlahankan kereta dan ternampak seorang lelaki terperosok di bawah sebuah van dan dia cuba keluar dari situ. Ashry (kiri) bersama keluarga beraya di kampungnya di Rawang sebelum pulang ke ibu kota. “Ibu saya terus cakap minta saya tolong sebab memang tak ada siapa yang bantu lelaki itu. “Saya terus ke van berkenaan dan dapat dengar dengan jelas lelaki itu kata “help me”. “Saya mencapai tangannya dan Alhamdulillah dia dapat keluar,” kongsinya kepada mStar. Ashry berkata, ketika dia sampai ada beberapa orang di situ, tetapi mereka tidak pula membantu lelaki tersebut. View this post on Instagram Jalan makin sesak. Berhati-hati semua. Adik ni sempat bantu salah seorang mangsa kemalangan di depan Sunway Putra. Harap semuanya selamat. #mstaronlineofficial #mstarmns A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jun 8, 2019 at 11:51pm PDT Katanya, selepas lelaki keluar dari bawah van itu, ayah suruh saya bercakap dengannya supaya tidak rasa kesakitan yang dialaminya. “Saya sempat berborak dengannya dan dapat tahu dia berasal dari Jerman. Dia baru sampai di sini dua minggu lalu. “Dia juga cakap ada cuba meminta tolong tetapi tiada siapa yang dengar. “Dia juga meminta saya hubungi ambulan,” katanya sambil menambah ayahnya turut mencari dan menyerahkan begnya. Sebahagian daripada komen-komen kepada Ashry. “Ayah saya ada juga cakap sebelum kejadian, dia memang ada nampak lelaki Jerman itu sedang mengayuh basikal di laluan kecemasan,” ujarnya. Dalam masa sama Ahsry berkata, pemandu van tersebut ada memberitahunya dia cuba mengelak basikal itu dan terbabas ke laluan kanan. “Saya tidak tahu punca kemalangan itu, tetapi apa yang saya nampak, selepas van itu terbabas ke laluan kanan, dua kereta lain turut terlibat. “Kereta ketiga agak teruk. Malah saya nampak seorang budak lelaki tercampak ke bawah kereta. “Saya tidak pasti nasib kanak-kanak itu,” katanya. Kemalangan di Jalan Kuching melibatkan sebuah van, dua buah kereta dan sebuah basikal. Video rakaman Ashry memandu warga Jerman itu menjadi tular di laman Twitter dan mendapat lebih 11,000 ulang kicau (Retweet). “Saya hanya berkongsi sahaja bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada saya. “Pun begitu ada juga yang menegur pertolongan saya itu boleh memberi kesan kepada mangsa. “Saya sedar, jika situasi lelaki Jerman itu serius saya memang tidak tolong. Namun keadaan dia okay, saya hulurkan tangan beri bantuan,” ujar anak bongsu daipada empat orang beradik ini.