PENULARAN video 'picit-picit makanan' di sebuah kedai serbaneka Family Mart ternyata membawa padah kepada si pelaku. Malah, tukang rakam video yang memuat naik rakaman itu turut terkesan dengan insiden berkenaan. Bercakap kepada mStar, Luqman Haqim, 18, dari Nilai, Negeri Sembilan berkata selepas apa yang berlaku, dia dan rakannya itu sudah melakukan yang terbaik dalam usaha untuk memulihkan semula keadaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Sayalah budak yang picit-picit roti semua tu” - Selepas 'jahanam'kan makanan sambil ketawa di kedai serbaneka, remaja mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lampau 'pendakwah' didedah, ramai mahu tumbangkan akaun Instagram Awie MBR, “Buat sampai dia senyap” "Selepas viral, kami dah pergi semula ke Family Mart. Kami minta maaf dengan staf kat situ. Kami nak pergi bayar. "Tapi mereka kata, tunggu keputusan dari HQ (headquarters) Family Mart untuk selesaikan kes ini. "Kami pun dah tinggalkan nombor telefon dan nombor kad pengenalan kami kepada mereka," ujar Luqman sewaktu dihubungi mStar pada Jumaat. Kawan saya jenis nakal macam tu. Mula-mula tu rasa kelakar. Tapi bila dia dah buka minuman tu, kami pun tegur dan marah dia. LUQMAN HAKIM Tambahnya lagi, dia dan rakan-rakannya yang semuanya berusia 18 tahun sedia memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan isu itu. Biarpun tidak meletakkan 100 peratus kesalahan atas bahu si pelaku, Luqman mengakui ia memberi kesan kepada dirinya yang bertanggungjawab membuat rakaman video itu. Video asal kejadian berkenaan dimuat naik menerusi akaun Instagram Luqman iaitu @Luqbubbles sebelum ia ditularkan ke platform media sosial lain oleh netizen. "Kawan saya jenis nakal macam tu. Mula-mula tu rasa kelakar. Tapi bila dia dah buka minuman tu, kami pun tegur dan marah dia. "Kami ada lebih kurang lima ke enam orang masa tu, tapi seorang je yang buat. "Sebenarnya masa tu nak beli oden, tapi barisan panjang. Kami bosan, kemudian berlakulah kejadian tu. "Harap Family Mart dapat maafkan kesalahan bodoh tak bertempat tu. Kawan pun menyesal. Kami dah buat yang termampu untuk minta maaf," katanya lagi. Mengulas laporan sebuah portal pada Jumaat mengenai polis yang sedang mengesan mereka, Luqman berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang maklumat mengenai hal itu. Menerusi video tular pada Khamis, Luqman merakam tindakan rakannya yang merosakkan beberapa paket makanan dan minuman di outlet Family Mart Messamall, Nilai, Negeri Sembilan. Ia pantas mengundang kecaman netizen sehingga si pelaku membuat permohonan maaf menerusi Instagram milik Luqman. View this post on Instagram Rasa nak picit-picit jer korang ni???, 1 word untuk aktiviti dorang ni #mstaronline #mstartmh A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jun 20, 2019 at 7:12pm PDT