suria

Malas nak patah balik rumah, suami beli stroller baharu RM3,000 untuk anak... Isteri kata “nasib baik dia cerdik”, tak riyak

Cik Epal dikecam gara-gara 'stroller baru' di InstaStorynya.

SELEPAS menghadiahkan suaminya kereta Ford Mustang 5.0 GT yang dibayar secara tunai pada Februari lalu, Cik Epal yang juga blogger popular sekali lagi mendapat perhatian netizen di media sosial.

Namanya menjadi bualan hangat netizen gara-gara sebuah stroller bayi baharu berharga RM3,000.

Cik Epal berkongsi kisah suaminya, Jofliam yang membeli stroller tersebut dek kerana tidak mahu membazir masa berpatah balik semula ke rumah untuk mengambil stroller yang tertinggal, di Insta Story miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpulanglah... blogger tak kisah dikecam beli beg tangan mewah sebab pengikut nak tahu harga je

ARTIKEL BERKAITAN: Blogger bayar ‘cash’ lagi, kali ini hadiahkan kereta mewah sempena hari lahir suami

Tindakannya itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen dengan ada yang menyindirnya sebagai riyak selepas video Insta Story itu dimuat naik seorang pengguna media sosial ke laman Twitter.

Insta Story Cik Epal dimuat naik pengguna media sosial di Twitter.

Cik Epal ketika dihubungi mStar memberitahu dia enggan ambil pusing komen netizen memandangkan dia sudah lali dengan situasi itu.

"Kecaman tu dah biasa bagi saya dari zaman sewaktu jadi blogger lagi. Tapi kita kena ingat yang kecam ni bila kita susah bukannya mereka yang tolong.

"Jadi kenapa kita nak ambil pusing kecaman-kecaman itu sedangkan ia tak bagi apa-apa faedah pun," katanya.

Malah Cik Epal berkata dia berhak memuat naik apa sahaja di Instagram miliknya itu.

"Kami update di personal IG kami, jadi ini perkongsian dengan keluarga kami. Saya memang akan teruskan update kehidupan saya macam biasa. Orang suka ke tak suka... saya ok je," katanya.

Cik Epal bersama keluarga kecilnya semasa raya keempat tempoh hari.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, blogger berusia 28 tahun itu berkata dia sendiri terkejut dengan tindakan suaminya itu.

"Saya sendiri pun terkejut. Suami beli stroller baharu sebab dia malas nak ambil stroller sedia ada dekat rumah. Kisahnya sebab kami baru habis bercuti tour pantai timur. Barang penuh dalam kereta dengan banyak hadiah orang bagi.

"Saya pula ada event pukul 3 petang. Kami bertolak dari Dungun, Terengganu kira-kira pukul 11 pagi. Sampai je KL saya terus ke event. Jadi memang tak sempat nak balik rumah ambil stroller," katanya.

Kami update di personal IG kami, jadi ini perkongsian dengan keluarga kami. Saya memang akan teruskan update kehidupan saya macam biasa. Orang suka ke tak suka... saya ok je.

CIK EPAL

Blogger

Jelas Cik Epal memandangkan suaminya perlu menjaga dua anaknya, jadi dia pun membeli stroller baharu itu untuk memudahkan urusannya.

"Suami kena jaga Han dengan Yuki jadi dia belilah stroller baharu untuk selamatkan diri dia. Takkan nak dukung berjam-jam pula. Saya tak salahkan suami cuma terkejutlah dia beli.

"Saya juga tak anggap perbuatan itu membazir. Kalau dia beli design sama macam yang dah sedia ada saya pun marah. Tapi nasib baik dia cerdik, beli yang senang masuk kabin bila travel sebab stroller sebelum ni besar," katanya.

Wanita berusia 28 tahun itu mula menulis blog sejak 10 tahun lalu.

Sebelum ini, ibu dua anak itu pernah dikecam selepas memuat naik Insta Story membeli beg tangan jenama mewah secara tunai ke media sosial.

Cik Epal mula menulis blog sejak 2008 iaitu ketika dia berusia 17 tahun.

Wanita itu sering berkongsi tentang perkara yang disukainya seperti makanan, keluarga, percutian dan keibubapaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Cik Epal, stroller

Artikel Lain