suria

“Dia sempat jelir pada sepupu saya” - Konon nak beli tuala wanita, tomboi 'kebas' beg tauke kedai runcit... kesudahannya bisnes tok tutup terus!

Maznah Md Rejab kini sedang menjalankan penghabiskan stok sebelum menutup kedai runcit miliknya.

ATAS saranan anak-anak demi keselamatan dirinya, seorang warga emas membuat keputusan menutup kedai runcit yang diusahakannya sejak tahun 1987.

Ia susulan insiden kecurian yang berlaku seminggu sebelum sambutan Syawal, baru-baru ini.

Kisah mengenai penutupan kedai runcit di Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang  itu menjadi tular di media sosial apabila ia dikongsi oleh cucu wanita berkenaan, Nurul Hanna Izanti Shukor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar jelah! Nenek 'sembur' anak letak cucu atas rumput, tambah kecoh bergambar tepi 'anjing' “Mak kurang yakin dengan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Sayangkan cucu... nenek comel 'sound' gambar WhatsApp lidah terjelir, 'typo' tak ada hal!

"Salam, hi guys. Tok aku nak tutup kedai sebab dia baru kena rompak hari tu. Tapi barang banyak lagi, rugi sangat kalau biar expired camtu.

"So sesiapa yang dekat tu, mai lah tolong tok, beli barang dekat kedai dia," tulisnya menerusi posting itu sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet).

Maznah Md Rejab bersama suaminya, Che Said Senapi.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hanna memaklumkan neneknya, Maznah Md Rejab yang berusia 60-an sebenarnya agak berat hati untuk menutup perusahaan berkenaan.

"Nenek saya ni jenis berdikari. Dia sedih tapi dia tak tunjukkan, kami tahu dia sebenarnya sedih.

Paparan skrin posting Hanna di Twitter.

"Dia kalau boleh tak mahu tutup, tapi mak saudara saya suruh tutup, demi keselamatan dirinya juga.

"Sebelum ni pun pernah ada kes rompakan, orang acu parang. Lagipun kedai nenek saya dibuka sampai 10 malam, agak bahaya... dia pun dah berusia," ujar gadis berusia 21 tahun itu.

Dia masuk kedai, cakap kat nenek nak beli beberapa barang. Masa nenek tengah ambil barang itulah, dia ambil beg duit tu.

NURUL HANNA IZANTI SHUKOR

Mengimbas kejadian pada penghujung Ramadan lalu, Hanna berkata, suspek utama kes berkenaan merupakan seorang tomboi atau wanita berperwatakan lelaki.

Sewaktu kejadian, tomboi itu berpura-pura mahu membeli barang sebelum dia melarikan beg duit berisi RM700 milik warga emas itu.

"Dia masuk kedai, cakap kat nenek dia nak beli beberapa barang. Masa nenek tengah ambil barang-barang itulah dia ambil beg duit tu.

"Dia juga minta nak ambil tuala wanita dan masa tu hanya ada sepupu saya umur lima tahun... sempat juga dia jelir lidah pada sepupu saya.

Antara barangan yang masih ada di kedai milik nenek Hanna.

"Lepas tu dia cakap nak pergi kedai seberang jap, katanya nak beli barang. Sudahnya sampai ke petang tak datang. Petang tu baru sepupu perasan beg nenek ada dalam tong sampah depan kedai.

"Masa tu lah baru sedar dah kena rompak. Difahamkan, tomboi tu ada buat kaedah sama dekat kedai satu lagi tapi tak berjaya sebab beg pemilik kedai ada telekung je," jelas Hanna.

Dalam pada itu, hasil penularan tweet Hanna turut membuka rezeki buat neneknya dalam menghabiskan stok barangan sebelum kedai itu ditutup sepenuhnya.

Sebahagian penghuni Rumah Permata Kasih yang menerima barangan dari kedai milik nenek Hanna, yang disedekahkan oleh seorang individu dari ibu negara.

Kata Hanna, seorang individu dari Kuala Lumpur menghubunginya sebelum memindahkan wang RM500 untuk membeli barang di kedai tersebut.

Lebih mengharukan, kesemua barangan itu disedekahkan ke sebuah Pusat Kebajikan dan Pendidikan, Rumah Permata Kasih yang menempatkan anak yatim, asnaf dan fakir miskin yang terletak di Bukit Mertajam.

"Lepas viral, saya beritahu nenek. Dia macam teruja. Bila cerita pasal orang KL yang bagi RM500 tu, dia bersemangat pergi pack barang.

"Dia buat sediri, catat barang apa nak letak. Kemudian ia dihantar ke sebuah rumah anak yatim berdekatan," ujarnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain