suria

Botol jadi penghalang! Kaki budak 4 tahun 'buat hal' di sukaneka, hanya mampu lompat setempat... ibu dedah alasannya!

Sumayyah dibantu gurunya ketika acara melompat botol sukaneka sekolahnya.

"SUMAYYAH takut botol tu terbalik," jelas seorang anak kecil apabila ditanya ibunya kenapa tidak melompat sebaik sahaja acara sukan di sekolah tadikanya Sabtu lalu dimulakan.

Nor Suriati Ibrahim, 30, berkata anak sulungnya Nur Sumayyah Mohd Hazwan yang berusia empat tahun itu seorang yang lemah lembut dan tidak sukakan aktiviti lasak.

Jelasnya, sebelum video anaknya yang hanya 'melompat setempat' itu tular, guru di sekolahnya ada memberitahu bahawa anaknya itu tidak mahu melompat botol ketika sesi latihan.

ARTIKEL BERKAITANAnak menangis tak mahu balik sebab sekolah ‘best sangat’, bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa

ARTIKEL BERKAITAN: Yakinnya kamu! Guru kongsi kisah murid lari lawan arah, “Memang laju, dia lari all out siap mimik muka bersungguh”

"Kakak (gelaran untuk Sumayyah) memang seorang yang kurang gemar bermain acara lasak-lasak. Saya memang ada tanya dia kenapa tak mahu lompat. Dia cakap Sumayyah takut botol tu terbalik kalau lompat.

Sumayyah bersama ibu dan bapa serta adik lelakinya.

"Seminggu sebelum acara ini, teacher (guru) ada beritahu dia tak mahu lompat, tapi untuk bahagian lain dalam acara itu dia buat.

"Saya ingat dia tak mahu lompat ketika sesi latihan sahaja, rupa-rupanya masa pertandingan pun memang dia lompat setempat," kongsinya kepada mStar.

Jelas Nor Suriati atau mesra disapa Suri, anaknya itu seorang yang agak pemalu.

"Dia berkawan pun memilih. Mana-mana yang agak lasak tu, memang dia tak bergaul. Kalau di rumah, dia seperti kanak-kanak lain suka main 'barbie', 'play doh' dan sebagainya.

"Guru-guru di sekolahnya memang sudah faham dengan sikap Sumayyah," ujarnya ibu kepada dua orang anak ini.

Sebahagian daripada komen pelayar Facebook yang terhibur dengan gelagat Sumayyah.

Dalam pada itu, Suri turut berkongsi rakaman anaknya di Facebook miliknya.

"Saya memuat naik aksi sukan Sumayyah itu dan rata-rata orang terhibur melihat gelagatnya.

"Saya sendiri pun tergelak. Yalah, terlampau malu sangat. Namun dia gembira apabila mendapat hadiah (medal) selepas pasukannya mendapat tempat kedua."

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Sumayyah, sukan tadika

Artikel Lain