suria

“Najib kena minta maaf, bukan saya” - Chef Wan

Chef Wan menjulang Anugerah Ikon Felda yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selancar Tiga pada Ahad lalu. - FotoBERNAMA

TUKANG masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan kecewa apabila kenyataannya mengenai sikap peneroka Felda disalah tafsir dan sengaja disensasikan individu tertentu.

Menurut Chef Wan, kenyataannya hanya ditujukan kepada segelintir peneroka berdasarkan pengalamannya sebagai anak Felda.

"Saya tak kata semua peneroka tapi saya kata segelintir sahaja. Malah Felda turut mengupas isu tersebut yang pada hakikatnya banyak terjadi. Macam kementerian semasa zaman Najib (Datuk Seri Najib Razak) pentadbiran sebelum ini juga minta saya beri motivasi dan memperkasakan peneroka Felda.

"Mereka minta tolong saya bawa isu golongan yang malas, mencuri, menipu duit baja, kahwin lagi, ambil dadah dan macam-macam lagi. Tiba-tiba bila saya sebut perkara ini ia jadi satu kesalahan seolah-olah saya tuju kepada semua peneroka Felda.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Perang’ food review: Chef Wan kata “saya pun tak berani kritik kasar”, Chef Fazley nasihat peniaga tak putus asa

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan mohon maaf mahu tampar Najib

"Takkan masuk akal semua orang malas... takkan masuk akal semua orang kahwin lain. Bila saya tengok mereka kata macam tu ia tak adil. Itu satu fitnah. Kenyataan Najib buat saya dibenci orang ramai, saya jadi mangsa kerana perbuatan dia," katanya.

Chef Wan kecewa apabila kenyataannya sengaja disensasikan.

Pada masa sama, Chef Wan berkata, tiada keperluan untuk dia memohon maaf di atas kenyataannya yang sengaja disensasikan itu.

"Saya kecewa kerana perkara tu tak sepatutnya terjadi dan saya jadi mangsa keadaan. Sakit hati saya. Kalau hitam... hitam... putih... putih. Kalau kita tak cakap tak cakaplah.

"Buat apa saya nak minta maaf dengan dia. Konon sebagai ikon saya tak patut keluar kenyataan macam tu? Sepatutnya dia yang kena minta maaf dengan saya sebab dia salah cakap padahal saya tak kata macam tu.

"Saya sanggup pulang semula anugerah yang saya dapat daripada minta maaf dekat dia. Tapi orang Felda kata jangan. Mereka kata kalau saya buat ada yang akan ketawakan saya dan bertepuk tangan," katanya.

Apabila saya jadi contoh kepada orang lain saya perlu suarakan isu itu. Tak guna jadi ikon kalau saya biar macam tu je... jadi pengecut. Apa point orang lantik kita jadi ikon? Sudah tentu mereka nak dengar pandangan kita, dengar pengalaman kita dan tengok contoh-contoh baik yang kita dah buat," katanya.

CHEF WAN

Ikon Felda.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata sebagai seorang ikon dia sepatutnya menyuarakan isu tersebut supaya golongan Felda menyedari kelemahan mereka dan berubah menjadi lebih baik.

"Sepatutnya kalau nak beri motivasi kepada orang sikap orang tu pertamanya kena berubah. Jadi mereka perlu tahu kelemahan diri mereka dan saya sebagai ikon perlu suarakan isu itu kepada generasi muda Felda.

"Ustaz pun sudah tentu akan nasihatkan benda yang sama begitu juga mak ayah mereka. Sama ada anda suka atau tidak. Jika anda mahu melangkah ke hadapan kita harus suarakan isu-isu yang ada.

"Apabila saya jadi contoh kepada orang lain saya perlu suarakan isu itu. Tak guna jadi ikon kalau saya biar macam tu je... jadi pengecut. Apa point orang lantik kita jadi ikon? Sudah tentu mereka nak dengar pandangan kita, dengar pengalaman kita dan tengok contoh-contoh baik yang kita dah buat," katanya.

Chef Wan turut memberi kenyataan di Instagramnya berhubung isu panas itu.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyindir Chef Wan akan memohon maaf atas alasan 'dirasuk syaitan' selepas mengeluarkan kenyataan sinis terhadap peneroka Felda.

“Ikon Felda bersuara. Dia kata peneroka Felda adalah orang yang malas serta suka berkahwin dua atau tiga.

"Selepas berkahwin pula, peneroka ‘membiak seperti kucing’.

“Tak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirasuk syaitan,” tulis Najib.

Mengulas mengenai kenyataan membiak seperti kucing, Chef Wan berkata ia bukan satu penghinaan kepada golongan Felda.

"Dalam bahasa orang Melayu kita, itu term kita kata kepada manusia yang tak bertanggungjawab kepada anak... tinggalkan (anak) tak bagi nafkah.

"Malah term tu digunakan dalam budaya Melayu kepada orang lelaki tak bertanggunjawab. Jadi kita kena terima hakikat perkara tu berlaku dalam masyarakat kita," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Chef Wan, Najib Tun Razak, Felda

Artikel Lain