KEBANYAKAN pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinya akan berkongsi foto-foto hari bahagia mereka di media sosial. Begitu juga buat pasangan muda ini yang mana pemilihan kasut yang digayakan dengan busana pengantin cukup menarik perhatian ramai. Menurut Siti Nur Hawa, 21, dia dan suaminya, Muhammad Amirul Hafiz, 23, sudah lama merancang untuk memakai kasut sniker berjenama Vans sewaktu majlis persandingan mereka pada 29 Jun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan 'takut nak kahwin' akhirnya gembira, berjaya buat majlis walau kos murah! ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sakit mental terharu gadis belajar overseas sudi kahwin dengannya, “Dengan dia, saya cuba tahan...” "Suami saya ni pengumpul kasut Vans. Dia ada dalam 30 pasang. Saya sendiri pula ada sembilan atau 10 pasang. Jadi kami memang dah plan untuk pakai masa kahwin. Amber dan suaminya mula berkenalan sekitar tiga tahun lalu. "Lagipun saya tak pandai pakai kasut tumit tinggi. Kalau saya pakai pun, nanti lagi tinggi dari suami. Tak lawa pula gambar kami. "Kami berdua juga ada impian, ingin melancong ke Jepun atau Amerika untuk cari kasut-kasut yang unik dan limited edition," ujarnya yang mesra disapa Amber sewaktu dihubungi mStar pada Jumaat. Memang ada yang komen negatif. Media sosial biasalah, akan ada yang kecam. Saya pun bukannya galakkan orang kahwin muda, saya cuma berkongsi foto hari bahagia sahaja. Ada yang kata kami boleh bertahan enam bulan sahaja. Tapi saya tak ambil serius. SITI NUR HAWA Selain kasut, usia Amber dan suaminya yang masih muda turut menjadi perbualan warga Twitter sejak dia membuat perkongsian itu pada Selasa lalu. Kata Amber, dia percaya dengan jodoh yang ditetapkan oleh Allah dan mengambil keputusan untuk berkahwin kerana tidak suka bercinta lama-lama. "Keluarga saya akan sokong apa sahaja yang terbaik. Lagipun saya dah tiga tahun berkenalan dengan Hafiz. Amber dan suaminya sama-sama menggemari kasut Vans. "Saya tak suka bercinta lama-lama. Suami pun jenis macam tu. Kalau dah sayang, teruskan sampai kahwin," ujar Amber yang berkenalan dengan suaminya menerusi laman Instagram, sekitar tiga tahun lalu. Dalam pada itu, Amber juga tidak dapat menepis pandangan negatif segelintir pihak yang mempertikaikan usia dia dan suami. Namun, dia memilih untuk mengabaikan sahaja segala kritikan dan percaya apa yang berlaku merupakan perancangan terbaik Allah. "Memang ada yang komen negatif. Media sosial biasalah, akan ada yang kecam. Saya pun bukannya galakkan orang kahwin muda, saya cuma berkongsi foto hari bahagia sahaja Foto sekitar majlis perkahwinan Amber dan Hafiz. "Ada yang kata kami boleh bertahan enam bulan sahaja. Tapi saya tak ambil serius," katanya lagi. Amber yang sebelum ini tinggal di Sentul kini menetap bersama suaminya di Ijok, Selangor. Kata Amber, suaminya bekerja sendiri dan mereka turut berniaga secara dalam talian. Amber dan suaminya turut memasang impian untuk membuka kedai baju sendiri untuk mengembangkan perniagaan mereka.