GARA-gara sebentuk cincin, seorang gadis dihujani soalan bertubi-tubi daripada seorang rakan yang menyifatkan tindakannya 'gila' kerana membeli barang perhiasan diri itu. Menerusi perkongsian di laman Twitter, gadis tersebut memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama seorang rakan mengenai cincin yang dibelinya. "Macam tak betul" demikian ungkapan yang dilabelkan kepadanya memandangkan cincin kebiasaannya dibeli oleh teman lelaki atau insan istimewa khas buat si gadis pujaan hati. “Saya belikan sebentuk cincin untuk diri sendiri, tapi tengok apa yang kawan saya kata. Saya tak faham. Perempuan tak boleh beli cincin untuk diri sendiri?” luah gadis itu sehingga menjadi tular dan meraih pelbagai reaksi netizen. ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah, bukan pakai duit orang lain pun”- Tauke kedai emas tak tolak RM5 'duit cincin sayang', syiling pun terima! ARTIKEL BERKAITAN: Dek kerana misai, tangan berbulu... gadis 'handsome' dilamar, tapi respons ibunya aduhai selamba je Gadis yang baru berusia 18 tahun itu berkata, cincin perak itu dibeli di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, ditemani ibu saudara dan neneknya, Ahad lalu. Perkongsian seorang gadis di laman sosial mengenai cincin yang dibelinya sendiri. Hanya mahu dikenali sebagai Nurul Anis Safiqah, katanya, ia merupakan cincin pertama yang dipakainya memandangkan hanya mempunyai aksesori rantai dan gelang yang dibelikan oleh keluarganya sebelum ini. “Saya dah lama teringin nak pakai cincin tapi tak berkesempatan beli. Lama juga teringin sejak setahun lalu. Saya hanya risik-risik cincin kat internet dan laman sosial. “Sebelum ni pun tak ada nak tengok cincin kat kedai emas atau aksesori, tapi bila dah pusing-pusing satu KLCC Ahad lepas, nampak satu kedai terus saya fikir inilah masanya untuk saya pakai cincin. Jadi, saya pun belilah,” katanya kepada mStar. Pandangan seorang rakan yang mengguris perasaan Anis. “Sebelum ni pun tak ada nak tengok cincin kat kedai emas atau aksesori, tapi bila dah pusing-pusing satu KLCC Ahad lepas, nampak satu kedai terus saya fikir inilah masanya untuk saya pakai cincin. Jadi, saya pun belilah,” katanya kepada mStar. Anis yang berasal dari Kuala Lumpur itu meluahkan perasaan betapa gembiranya apabila akhirnya berpeluang membeli cincin yang diidam-idamkan. Biarlah cincin yang saya dapat tu sebagai tanda pasangan tu nak hubungan yang lebih serius bersama saya… seperti cincin risik, tunang, kahwin. ANIS “Bila saya kongsi pasal cincin tu di status WhatsApp, ada rakan yang nampak sehingga mempersoalkan mengapa saya beli cincin tu sendiri, bukannya lelaki atau kekasih yang belikan. “Masa tu saya terkejut dan sakit hati sebab tergamak dia kata saya ni 'macam tak betul' hanya kerana saya beli cincin tu. Salah ke kalau saya yang beli,” katanya yang mengakui masih belum mempunyai teman lelaki. Anis menyarungkan cincin yang baru dibelinya. Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, mempunyai kekasih bukan bermakna perempuan boleh mengharapkan lelaki untuk menghadiahkan atau membeli aksesori yang sering dikaitkan dengan pasangan bercinta atau sudah berkahwin itu. “Kaum perempuan sepatutnya tunjuk diri mereka kepada lelaki bahawa mereka boleh independent (berdikari), tanpa bergantung kepada lelaki semata-mata. “Kalau hanya harapkan lelaki belikan cincin, jangan salahkan mereka kalau kaum perempuan sering dilabel sebagai materialistik,” katanya. Anis mengharapkan agar cincin yang diterimanya itu nanti membawanya kepada hubungan lebih serius. Sehubungan itu, Anis menegaskan bahawa dia berhak untuk membeli apa saja yang diingininya selagi berkemampuan dan berusaha untuk mendapatkannya. “Rasa gembira sangat sebab dapat beli cincin tu guna duit sendiri guna hasil bisnes online saya secara kecil-kecilan. Lagipun saya beli cincin tu untuk aksesori peribadi bukan sebab saya feeling nak ada pasangan. “Sudah tentu saya berharap agar dipertemukan jodoh suatu hari nanti. Biarlah cincin yang saya dapat tu sebagai tanda pasangan tu nak hubungan yang lebih serius bersama saya… seperti cincin risik, tunang, kahwin. “Kalau setakat baru bercinta, beli sendiri saja. Tak perlu lah tunggu lelaki,” katanya sambil menambah ciri-ciri lelaki pilihanya adalah bertanggungjawab, berdikari dan menghormatinya dan keluarganya.