suria

Tular video anggota polis usia 55 tahun Skype tak senonoh dengan awek Filipina

Seorang pegawai polis didakwa melakukan onani semasa membuat panggilan video dengan wanita Filipina, dipercayai kekasihnya.

BARU-baru ini tular video seorang anggota polis 'kantoi' sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang wanita warga Filipina dipercayai teman wanitanya menggunakan aplikasi Skype.

Video berdurasi dua minit 23 saat itu yang menampakkan pegawai tersebut masih memakai uniform polis didakwa dirakam di sebuah balai pada awal tahun ini.

Menurut laporan Sin Chew Daily, video itu tular di grup WhatsApp polis trafik kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Aksi lucah dalam kereta dekat pagar sekolah cetus kebimbangan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu bukan saya!” - PU Riz diugut sebelum foto pegang 'burung' miripnya tersebar, sudah buat laporan polis

Laporan akhbar Cina itu menyebut pegawai tersebut bertugas di bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) Petaling Jaya.

Lebih memeranjatkan, pegawai berusia 55 tahun itu didakwa sudah berkahwin dan mempunyai sembilan anak.

Video tersebut dipercayai dirakam pada Januari lalu.

Dalam pada itu, China Press melaporkan pegawai polis itu mengaku menunjukkan alat kemaluannya kepada teman wanitanya semasa panggilan video tersebut dibuat sekitar pukul 6 petang.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada laporan polis sudah dibuat berhubung video itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mStar pada Khamis mengesahkan siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap anggota berkenaan.

"Kita dah jalankan siasatan. Saya tak boleh nak komen tapi saya sahkan siasatan dalaman sedang dijalankan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Malah, pegawai itu didakwa sudah berkahwin dan mempunyai sembilan anak.
Malah, pegawai itu didakwa sudah berkahwin dan mempunyai sembilan anak.
Malah, pegawai itu didakwa sudah berkahwin dan mempunyai sembilan anak.
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pegawai polis, onani, Skype

Artikel Lain