BIARPUN hidupnya diselubungi kesakitan, wanita bergelar ibu ini masih mampu tersenyum. Begitulah perkongsian seorang jejaka di laman Twitter mengenai ibunya yang menghidap tiga jenis kanser. Wanita tabah itu, Saemah Mohamad, 58, mendedahkan dia menghidap kanser kolon tahap satu sejak 2014, kanser payudara tahap dua pada 2018 dan baru-baru ini didiagnos dengan kanser tulang tahap empat pula. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak ARTIKEL BERKAITAN: Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira" Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Acik Saemah mengakui turut menghidap penyakit lain seperti Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) dan masalah tiroid sekali gus menyebabkan dia perlu menjalani banyak pembedahan sejak 1983. Paparan skrin perkongsian anaknya menerusi laman Twitter. "Makcik dari awal lagi dah banyak penyakit. Pada 1983 makcik pernah jalani pembedahan akibat penyakit dalam perut, seterusnya 1993 dan 1999 pula pembedahan untuk masalah tiroid, lepas tu bedah kanser kolon pada 2013 dan 2015. "Tahun lepas pula makcik kena bedah sebab kanser payudara. Kali ni, kanser tulang pula," ujarnya sewaktu dihubungi pada Rabu. Syukur Allah pilih mak cik, syukur juga masih lagi boleh bernafas. Makcik tabah, mungkin ini boleh buat lagi dekat dengan Allah. SAEMAH MOHAMAD PESAKIT KANSER Menurut Saemah, biar apapun yang berlaku, dia bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas. Malah, sokongan suami dan lima anaknya turut menjadi pendorong untuk dia terus kuat melawan penyakit yang dihidapinya. "Syukur Allah pilih makcik, syukur juga masih lagi boleh bernafas. Makcik tabah, mungkin ini boleh buat lagi dekat dengan Allah. "Apa yang Allah bagi ada hikmah, kita kena kuat. Allah dah pilih, jadi kita kena terima," ujarnya lagi. Selain anak dan suami, Saemah berkata kehadiran dua cucu yang berusia tiga tahun dan setahun turut menambah keceriaan hidupnya. Malah, dia yang menetap di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Selangor cukup gembira setiap kali dikunjungi dua cucunya itu yang tinggal di Kajang. Tabah menghadapi dugaan, Saemah bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas. Dalam pada itu, posting anak Saemah, Safwan Shariff di Twitter menerima lebih 7,500 perkongsian. Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka serta mendoakan agar ibunya kembali sembuh seperti sedia kala. "Lebih kurang with my mom. She suffered with stage four breast cancer and now bone cancer. Hoping our moms sihat semula!" tulis @wannorafiqaa. "Semoga Allah berikan kesembuhan dan kekuatan buat mak kamu," tulis @EylaJr. "Comelnya makcik. Semoga Allah sembuhkan segala penyakit dan panjangkan usia dalam rahmat Allah, Amin," tulis seorang lagi pelayar Twitter. Sebagai info tambahan, SLE adalah penyakit kronik “autoimmune” yang mana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Menurut laman web Lupus Malaysia lagi, ia turut menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.