suria

Tak percaya agama, peminat Black Metal ini akhirnya peluk Islam, akui apa yang ditemui ketika kaji al-Quran amat mengejutkan!

Muhammad Daniel (dua dari kiri) dan isterinya, Siti Khairiyah Wang selepas memeluk Islam baru-baru ini.

BENARLAH orang kata, hidayah datang dalam pelbagai cara.

Terbaharu, perkongsian seorang lelaki Cina yang juga peminat Black Metal mengenai kisah dia memeluk Islam menarik perhatian ramai.

Menurut Cedric Lim atau nama Islamnya Muhammad Daniel Lim Abdullah, dia dan isterinya, Kai Portnoy atau Siti Khairiyah Wang, kedua-duanya dari Singapura sudah melafazkan syahadah pada 17 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran”

ARTIKEL BERKAITAN: 
“Dia ambil makanan tak banyak...” - Siapa lelaki berjubah, berkopiah, tapi di leher ada tatu bunga ros?

Jelasnya lagi, dia berasal dari keluarga beragama Buddha, manakala isterinya pula dilahirkan dalam keluarga Kristian.

"Saya mengambil masa lebih sedekad mengkaji pelbagai agama dan kitab. Suatu hari sewaktu berbincang mengenai agama dengan rakan Muslim, saya sedari bahawa saya tak pernah baca al-Quran langsung.

"Saya kata saya percaya tiada tuhan, dia jawab kamu sudah separuh jalan untuk jadi seorang Muslim kalau percaya tuhan itu tiada.

"Apa yang ada merupakan pencipta seluruh kehidupan dan nama pencipta itu ialah Allah. Dia kekal abadi. Dia tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tidak boleh dibayangkan bagaimana rupanya," kongsinya di Facebook.

Saya jumpa banyak fakta saintifik dalam al-Quran dan 80 peratus daripadanya sepadan dengan sains moden.

MUHAMMAD DANIEL LIM ABDULLAH

Jawapan individu itu ternyata membuatkan Muhammad Daniel tertanya-tanya dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Islam.

Bertitik tolak dari situ, dia mula mengkaji agama ini sebelum dihadiahkan al-Quran terjemahan bahasa Inggeris oleh seorang rakannya.

"Saya mula baca al-Quran untuk cari salah dan buktikan pada kawan bahawa ia agama yang salah. Akhirnya saya mula mempersoalkan diri dan diselubungi fakta yang tidak boleh dinafikan.

Foto yang dimuat naik menerusi Facebook milik Muhammad Daniel.

"Lebih satu per empat populasi dunia beragama Islam dan jutaan manusia hafal al-Quran dalam hati mereka. Saya jumpa banyak fakta saintifik dalam al-Quran dan 80 peratus daripadanya sepadan dengan sains moden.

"Saya juga terkejut Nabi Isa banyak disebut dalam al-Quran dengan maklumat lanjut mengenai ibunya Maryam. Akhirnya saya lebih memahami kitab Taurat dan Bible dengan lebih baik menerusi al-Quran," ujar Muhammad Daniel lagi.

Menurut jejaka itu lagi, keputusannya memeluk Islam turut mengejutkan rakan-rakan kerana dia sebelum ini merupakan individu yang tidak percayakan agama.

"Sesetengah orang pasti terkejut bagaimana saya yang skeptikal terhadap agama, anti agama, minat black metal dan percaya agama tu mengarut akhirnya jadi seorang Muslim.

"Saya juga terkejut dengan diri sendiri dan tidak pernah menjangka akan keputusan sebegini," katanya lagi.

Muhammad Daniel turut berkongsi bahawa dia sebelum ini pernah mengkaji banyak kitab agama seperti Buddha, Kristian, Taoism, Zoroastrainism, Satanism, Confucianism dan beberapa lagi kitab suci lain.

Posting yang disertakan dengan dua foto itu sehingga kini menerima lebih 10,000 perkongsian dan 21,000 tanda suka.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen berhubung perkongsian yang dibuat jejaka itu.

"MasyaAllah... Semoga kamu berdua Istiqamah, InsyaAllah," tulis Natasya Syiba.

"Alhamdulillah semoga kamu dan isteri dirahmati Allah. Saya berdua untuk kamu berdua," tulis Nor Farhana Wahidah Dzulkifli pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain