suria

Riuh sekampung, business partner sampai pengsan dengar berita kematian rakan... kasihan DJ Aiman dikecam selepas jadi ‘arwah’

Aiman mendakwa tidak dapat mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menggodam Facebook miliknya.

BERITA kematian palsu melibatkan seorang remaja ternyata menimbulkan kekecohan apabila kediamannya mula dikunjungi orang ramai pada Rabu.

Menurut Muhammad Rofiqi Aiman Muhammad Rosid, 18, dia sendiri terkejut dengan penyebaran berita itu dan sehingga kini tidak dapat mengenal pasti individu yang menggodam laman sosial miliknya.

Lebih parah, dia yang mesra disapa Aiman turut dikecam apabila didakwa sengaja memperolokkan kematiannya sebagai satu teknik pemasaran memandangkan dia kini aktif semula membuat siaran live menerusi platform itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Kelantan-Sudan beraya di Madinah, tapi si isteri terkilan ramai ada foto raya OOTD... “Tergantung je la baju tu

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja”

"Pada hari kejadian, saya tengah buat live di rumah. Lepas tu saya dah tak hiraukan telefon.

Posting terbaharu Aiman di Facebook.

"Malamnya selepas Isyak saya tidur. Bila bangun, ada ratusan panggilan dan mesej, rupa-rupanya dah viral kat Facebook.

"Orang cakap saya sendiri buat pengumuman kematian tu padahal saya kena godam. Hanya mak saya dan Allah yang jadi saksi. Memang masa tu nak try buka Facebook tapi tak boleh.

"Sekarang ni dah boleh buka semula, kawan saya yang arif pasal hal ni tolong saya dapatkan semula Facebook tu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Ada family yang jauh datang, saya terpaksa buat penjelasan. Bising satu kampung. Tak tahu nak cakap apa, saya sihat je.

MUHAMMAD ROFIQI AIMAN MUHAMMAD ROSID

Bercerita lanjut mengenai insiden itu, dia yang mesra disapa Aiman mendedahkan turut menerima kunjungan lebih 10 keluarga termasuk saudara mara, rakan dan bekas guru selepas berita kematiannya itu tersebar.

Malah katanya, ada individu yang turut pengsan selepas menerima berita mengejutkan itu.

"Ada family yang jauh datang, saya terpaksa buat penjelasan. Bising satu kampung.

"Tak tahu nak cakap apa, saya sihat je. Ada seorang individu, dia dulu pernah berurusan bisnes dengan saya. Dia ada sakit jantung, pengsan bila dengar berita tu.

Aiman mengakui sudah membuat laporan polis mengenai hal itu.

"Bila saya keluar rumah pergi pasaraya, ada orang tanya, bukan dah mati ke?," ujar Aiman lagi.

Selain mengusahakan produk kesihatan, dia turut dikenali sebagai DJ Aiman yang aktif menerima tawaran pengacaraan untuk majlis-majlis sekitar Kelantan.

Sebelum ini, Aiman yang menetap di Kota Bharu juga aktif mengacara termasuk untuk Pesta Thailand 2019 dan majlis-majlis perkahwinan melibatkan anak orang kenamaan di negeri itu.

Dalam pada itu, dia juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu berhubung insiden berkenaan.

Menurut Aiman lagi, dia tidak berasa sedih sebaliknya sedikit terkilan apabila soal kematian dijadikan jenaka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Mulut manusia saya tak boleh tutup, saya serah kepada Allah sahaja. Kepada yang ambil berat saya ucap terima kasih.

"Untuk orang yang tak tahu, tak perlulah komen. Hentikanlah kecaman. Kena lebih berhati-hati di media sosial," katanya lagi.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain