KISAH pemuda ini tular apabila hasratnya untuk bertunang dengan gadis yang dikenalinya selama enam tahun tidak kesampaian. Dia meraih perhatian di media sosial gara-gara memuat naik posting untuk memberikan cincin tunang itu secara percuma kepada mereka yang bertuah. Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dilupakan selepas mengambil pandangan netizen yang menyarankannya supaya menjual semula cincin berkenaan daripada membazir. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih tak suka orang Kelantan, pemuda tawar cincin ‘free’ gara-gara bertunang tak jadi Pemuda berkenaan, Muhammad Khairunnaim Mohd Sobri itu kemudian menarik perhatian netizen sekali lagi selepas memuat naik gambarnya ‘bersiar-siar’ bersama cincin tersebut, di laman sosial. “Jangan macam ni bro, sedih you bikin saya menangis,” kata seorang netizen. “Sudah-sudahlah cincin kau tu… belajar terima hakikat. Hahaha,” ujar seorang netizen. Gambar yang menunjukkan cincin tersebut diletakkan di tempat duduk hadapan dan dipakaikan tali pinggang keledar (seatbelt) dianggap lucu. “Pakai seatbelt elok-elok. Hahaha,” komen seorang netizen bergurau. Kisah Ayim sebelum ni tular kerana hasratnya untuk bertunang dengan gadis pilihan, tidak kesampaian. Muhammad Khairunnaim atau lebih mesra dengan panggilan Ayim berkata, sejak kisahnya tak jadi bertunang menjadi tular, ramai kenalan berhubung dengannya. “Lepas tular fasal tak jadi tunang dan nak beri cincin percuma tapi netizen tak bagi, ramai kenalan dan kawan-kawan mesej saya menerusi WhatsApp. “Gambar ‘jalan-jalan’ dengan cincin tu apabila ada pemilik restoran minta saya buat reviu makanan di premisnya, dia suruh saya bawa cincin sekali. “Idea yang pakai seatbelt tu secara spontan. Alang-alang dia suruh bawa cincin, saya pakaikan seatbelt,” ujar pemuda berusia 27 tahun itu kepada mStar. Cincin yang sepatutnya menjadi milik bakal tunang kini meraih perhatian ramai. Ayim secara bergurau memberitahu cincin tersebut perlu dipakaikan tali pinggang keledar sepanjang perjalanan, dikhuatiri ia hilang. “Kalau hilang, habislah tak jadi cincin viral. Mana-mana orang jumpa saya mesti tanya pasal cincin,” katanya mengenai cincin yang sepatutnya disarungkan kepada bakal tunang, sebelum hasrat tersebut terkubur dan hubungan mereka putus. Bila ramai cakap cincin ni dah viral, alang-alang tu jangan jual lagi. Kalau ada orang suruh bawa dan nak bergambar dengan cincin je pun saya akan bawa. AYIM Pemuda yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu bagaimanapun menegaskan bahawa dia sudah menerima hakikat tiada jodoh dengan bekas kekasih. “Sebenarnya Ayim dah move on. Sekarang ni saya banyak menghabiskan masa dengan kerja sepenuh masa dan juga sambilan. “Bila ramai kenalan dan saudara-mara berhubung, saya juga dah mula menghabiskan masa bersama mereka termasuk keluarga saya,” katanya yang bertugas di bahagian kewangan di sebuah syarikat dan kerja sambilannya membuat reviu makanan. Ayim kini meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, saudara-mara dan kenalannya. Mengenai cincin yang hangat diperkatakan itu, anak sulung daripada lapan beradik itu memberitahu ramai yang bertanya dan berminat untuk membeli. “Tapi bila ramai cakap cincin ni dah viral, alang-alang tu jangan jual lagi. Kalau ada orang suruh bawa dan nak bergambar dengan cincin je pun saya akan bawa. “Ikutkan hati memang tak nak simpan. Harga masa beli cincin tu RM1,300 dan sebenarnya ada permintaan, nanti saya jual bila tiba masanya,” katanya yang belum menetapkan harga jualan cincin tersebut.