suria

Penangan ayam ekstra pedas, Chef Fazley persoal iklan McD, “Cuci tangan punya statement ke apa?”

Fazley berkongsi kisah beberapa rakan dan stafnya yang sakit perut selepas makan hidangan tersebut.

GARA-gara penangan ayam goreng ekstra pedas, ramai netizen berkongsi kisah mereka mengalami gejala sakit perut di media sosial selepas menikmati menu baharu McDonald’s itu.

Terbaharu penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberitahu beberapa rakan dan kakitangannya turut mengalami nasib serupa selepas mencuba hidangan tersebut.

"Wow kawan dan staf saya mengalami sakit perut yang teruk selepas makan ayah goreng pedas @McDMalaysia?

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut makan pedas sampai koyak seluar dalam? Pelajar terpaksa beri penjelasan, akui postingnya ‘masuk air’

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Ayam goreng pedas Nene akan buat anda menangis kesedapan

"Apa yang sedang berlaku? Nasib baik tak beli untuk anak-anak saya," tulisnya dalam satu posting di Instagram.

Pada masa sama, Fazley turut mempersoalkan tentang iklan yang dihasilkan untuk mempromosikan menu baharu itu.

Seorang netizen sebelum ini turut berkongsi tweet 'kelakar' dengan gambar seluar terkoyak seolah-olah menggambarkan tahap kepedasan menu terbaharu McDonald's itu.

"Jadi amaran dalam iklan yang anda kata 'makan atas risiko sendiri' adalah pada asasnya 'cuci tangan' punya statement ke apa?," soalnya.

Posting tersebut turut dipenuhi komen netizen yang menyokong kenyataan berani beliau.

Malah ada netizen yang meminta restoran makanan segera itu supaya menarik balik menu tersebut.

Apa yang sedang berlaku? Nasib baik tak beli untuk anak-anak saya.

DATUK FAZLEY YAAKOB.

Penyanyi dan cef selebriti.

"Ya, McD patut tarik balik menu ini. Ada yang masuk hospital. Saya fikir ia bukan cili sebenar tetapi bahan tiruan," tulis @Mizayusa.

"Hahaha. Sama macam saya. Selepas tiga jam perut memulas. Tak pedas mana pun tapi perut kami yang kaki pedas pun kurang tahan. Erm makan #maggi pedas giler pun tak sakit perut. Well say Dato," tulis @Aliffshanusi.

Dalam pada itu, seorang pemuda yang dikenali sebagai Husaini Abu Bakar turut memberitahu dia terpaksa bertemu doktor selepas cirit-birit selepas makan ayam goreng ekstra pedas tersebut.

Antara komen netizen mengenai menu terbaharu itu.

Husaini turut berkongsi nasihat doktor yang marah dengan tindakannya makan hidangan itu.

"Pergi jumpa doktor terus doktor marah. This is another level of junkfood, bukan natural cili atau lada yang awak makan dari pokok tu.

"If u terus makan may lead to usus berlubang atau kecederaan pada usus awak. Boleh buasir! Dengar kata Doktor macam tu, mengucap panjang aku.

"Soalan aku pada warganet. Aku yang lemah ke atau ayam ni yang gila babas?," tulisnya di Facebook.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain