SELAIN di kawasan awam seperti pusat beli belah, isu berebut tempat letak kereta juga bagaikan perkara biasa di kawasan perumahan. Antara kes yang pernah berlaku termasuklah ada individu yang sanggup berdiri di dalam kawasan tempat letak kereta sehingga mencetuskan perbalahan dan menjadi tular di media sosial. Namun, lain pula ceritanya di Johor Bahru apabila ada penduduk sebuah kawasan kediaman yang menanda tempat letak kereta dengan menggunakan batu nisan. ARTIKEL BERKAITAN: Cop parking! Lelaki ini anggap anak-anaknya ada rezeki berdepan golongan ‘cacat mental’, “Laju-laju dia keluar berdiri kat kotak” Foto yang disifatkan netizen 'agak menyeramkan' itu dirakam pada Februari lalu oleh seorang penduduk setempat yang hanya mahu dikenali sebagai Nuar. Namun, foto berkenaan menjadi tular apabila ia dimuat naik sekali lagi ke laman Twitter oleh seorang individu pada 22 Julai lalu. Foto berkenaan yang tular di Twitter. Ia sehingga kini menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet) daripada pelayar Twitter. Nuar sewaktu dihubungi mStar mengakui foto berkenaan dirakam sendiri olehnya beberapa bulan lalu. Ini kalau nak park kereta malam-malam sekali nampak batu nisan terus tak jadi weh. NETIZEN Ujar pemuda yang enggan didedahkan identitinya itu, dia berpindah ke kawasan tersebut pada tahun lalu. "Saya mula duduk kat situ tahun lepas. Sampai hari ni masih ada batu nisan tu. "Kali pertama tengok agak terkejut. Tapi lepas tu rasa marah pun ada sebab dia cop parking. "Saya rasa dia (pemilik batu nisan) tu dah tinggal lama kat sini. Dah tua, pasangan suami isteri warga emas," ujarnya. Menurut Nuar, dia juga ada dimaklumkan mengenai penularan semula foto berkenaan di laman Twitter. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberi komen berhubung tindakan cop parking menggunakan batu nisan berkenaan. "Ini kalau nak park kereta malam-malam sekali nampak batu nisan terus tak jadi weh," tulis @hanief_ramli. "Kalau kau rembat jugak parking dia memang batu nisan tu milik kau bro," tulis @FaizMehmed. "Batu nisan siapa la yg dirembatnya ni? Dengan bacaan Bismilah alih kan je," tulis seorang lagi netizen.