suria

Hasrat nak sambut hari lahir bersama keluarga tersayang di Melaka hancur, esoknya terima berita duka dari Segamat pula!

Keadaan rumah hangus terbakar pada insiden Jumaat lalu

'BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul' demikian yang dapat digambarkan nasib menimpa gadis berusia 25 tahun ini apabila seluruh keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian di Kampung Abbey, Nyalas di Melaka Jumaat lalu.

Lebih malang buat Nurul Ashikin Mohd Khairi, dia tidak berada di rumah keluarganya kerana bekerja di Petaling Jaya.

Jelas Nurul Ashikin yang lebih mesra disapa Ekin, panggilan yang diterima pukul 3.30 petang daripada adik, Nurul Afrina di kampung telah mengubah segalanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Hanya sempat capai bendera Malaysia tutup kepala..." - Bakal pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran hangus sejam selepas siap, tapi semasa kemas rumah pengantin tak sangka terjumpa sesuatu yang istimewa

"Hari itu, Jumaat saya memang merancang nak balik kampung cuti hujung minggu. Lagi pun kami merancang untuk menyambut hari lahir saya pada 25 Julai bersama keluarga pada Sabtu.

"Adik saya yang kedua call beritahu rumah hangus terbakar. Saya memang terkejut dan terus minta kebenaran daripada majikan untuk pulang ke kampung.

Status Nurul Afrina (adik Ekin) turut dikongsi kawannya di laman Twitter.

"Sampai sahaja di rumah saya lihat semuanya hangus, hanya tinggal sisa-sisa asap dan tidak ada apa yang sempat diselamatkan.

"Cuba saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat, tiada yang cedera," ujarnya yang kedengaran tidak sihat ketika berbicara bersama mStar.

Menurut Ekin, kebakaran mungkin berpunca daripada lintar pintas di rumahnya itu.

"Sebelum api muncul adik ada beritahu terdengar seperti letupan kecil, tapi setakat ini punca sebenar kejadian masih disiasat.

"Sejak insiden itu, kami sekeluarga menumpang di rumah keluarga tunang adik saya di kawasan yang sama, dan juga rumah sanak saudara untuk sementara waktu.

Sebagai anak sulung, saya bertanggungjawab membantu keluarga memberi semangat antara satu sama lain.

NURUL ASHIKIN MOHD ZAIRI

Mangsa Rumah Terbakar

"Memang kejadian ini amat menyedihkan kami, tetapi saya anggap ia ujian buat saya sekeluarga.

"Sebagai anak sulung, saya bertanggungjawab membantu keluarga, juga memberi semangat antara satu sama lain," katanya.

Malahan, beliau bersyukur kerana sejak insiden ini berlaku, banyak pertolongan disalurkan kepada keluarganya dari pelbagai pihak.

Menurut Ekin, keluarga juga menerima pelbagai bantuan termasuk berbentuk wang ringgit yang disalurkan oleh pengguna media sosial.

Status pilu Nurul Afrina selepas insiden kebakaran rumahnya.

"Kawan-kawan adik saya banyak juga membantu. Mereka memuat naik kejadian ini ke Twitter dan saya terharu kerana walaupun ada yang tidak mengenali kami, mereka tetap membantu," tambahnya yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka semua.

Dugaan buat Ekin sekeluarga tidak terhenti di situ sahaja, kerana pada pagi Ahad dia sekeluarga menerima satu lagi berita sedih apabila datuknya yang tinggal di Segamat, Johor meninggal dunia.

"Hari ini ibu bapa saya terus bergegas pulang ke Segamat untuk menguruskan pengebumian datuk. Selepas itu baharu saya menyusul," kongsinya yang masih tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain