suria

Apa kes makan McD selepas nikah? Ramai salah faham tapi pengantin diamkan saja, “Kami tengah lapar”

(Gambar kanan) Anis beratur bersama pelanggan lain di kaunter McDonald's selepas selesai sesi outdoor pada petang 19 Julai lalu.

KELIBAT sepasang pengantin lengkap berpakaian serba putih siap dengan 'crown' di kepala ketika berkunjung ke sebuah restoran makanan segera mendapat perhatian netizen selepas gambar mereka tular di media sosial.

Gambar pasangan itu yang sedang menikmati hidangan McDonald's dikongsi Ahmad Haris di Twitternya baru-baru ini dan mendapat 2,100 tanda suka.

Pengantin perempuan, Saidatul Hanis ketika dihubungi mStar berkata dia terkejut apabila gambar dia dan suaminya Muhammad Mukhrim yang memakai persalinan akad nikah tiba-tiba tular.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hantu ayam’ dapat KFC sebagai hantaran, baju bertunang tak sempat tukar terus ‘ngap’ 2 ketul paha

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin pakai kasut sniker kena kutuk... “Ada yang kata kami boleh bertahan enam bulan sahaja”

"Bila tengok gambar dah viral perasaan kami bercampur baur. Terkejut dan takut pun ada sebab kami tak minta pun diviralkan.

"Tiba-tiba viral pula. Tak sangka sebab makan McD je pun time tu. Kami pun tak tahu siapa yang ambil gambar tu," katanya.

Anis dan suaminya menikmati makanan di McD kerana terlalu lapar selepas selesai sesi penggambaran outdoor.

Wanita berusia 25 tahun itu bagaimanapun terkilan apabila didakwa menikmati hidangan di restoran makanan segera tersebut pada 19 Julai lalu setelah selesai majlis akad nikah mereka.

"Geram bila ada orang cakap macam-macam. Tapi saya tak nak ambil pusing... biarkan jelah. Mereka bukan tahu hal sebenar dan hanya tengok gambar saja.

"Sebenarnya saya nikah selepas Zohor kemudian keluarga saya buat kenduri doa selamat sikit. Lepas tu barulah kami pergi ambil gambar outdoor," katanya.

Masa nak pergi tu husband adalah cakap 'boleh ke kita pakai baju ni'. Saya pun cakap kat dia 'alah orang lain ada juga pakai, lagipun dah lapar'. Tak sangka semua yang ada di dalam restoran waktu tu ucap tahniah. Mereka tak pandang pelik pun.

SAIDATUL HANIS.

Susulan itu Saidatul Hanis atau lebih mesra dengan disapa Anis menjelaskan gambar yang ditularkan itu sebenarnya selepas mereka selesai sesi penggambaran outdoor.

"Kami pergi McD bukan lepas akad nikah tapi lepas sesi outdoor. Ramai yang salah faham.

Anis selamat diijabkabul dengan suaminya pada 19 Julai lalu di Rapat Setia, Ipoh.

"Sampai ada yang cakap tak ada rumah ke nak makan. Jadi tak syok tengok komen macam tu sebab kami tak tahu pun gambar kami diviralkan," katanya.

Menurut Anis, dia dan suaminya pergi ke restoran makanan segera itu yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh tanpa menukar pakaian terlebih dahulu kerana terlalu lapar.

"Bagi sesetengah orang mungkin pelik tapi masa tu kami tengah lapar. Kebetulan jarak tempat outdoor dengan McD tu memang dekat.

"Masa nak pergi tu husband adalah cakap 'boleh ke kita pakai baju ni'. Saya pun cakap kat dia 'alah orang lain ada juga pakai, lagipun dah lapar'. Tak sangka semua yang ada di dalam restoran waktu tu ucap tahniah. Mereka tak pandang pelik pun," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain