"LIFESTYLE macam orang kaya, tapi tak ada duit, miskin!" luah seorang lelaki yang mendakwa nyaris menjadi mangsa kikis seorang gadis. Muhammad Hakimi, 24, berkata dia pada mulanya hanya berniat membantu seorang gadis yang dikenali di media sosial tetapi tidak menyangka akhirnya 'makan' diri sendiri. Menurut Muhammad Hakimi yang mesra disapa Hakimi, dia hanya mengenali gadis yang berkenaan di laman Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gigit jari’ telefon lesap, pemuda dedah bagaimana kena game dengan penipu duit palsu, “Datang lambat... isteri bertudung, nampak macam orang berduit” ARTIKEL BERKAITAN: “Akaun penipu ditutup dalam masa 24 jam” - Shopee berterima kasih pelanggan bongkar penipuan Mengimbas kembali perkenalan mereka Hakimi mengakui dia yang memulakan perkenalan tersebut tahun lalu. "Saya memang suka tambah kawan di media sosial. Lagipun ketika itu akaun Instagramnya tidak 'private'. Sebahagian perkongsian mesej Hakimi bersama gadis tersebut. "Sebenarnya banyak kali saya ucapkan 'hai' kat dia, tapi tak pernah dilayan. Tetapi pada Januari lalu tiba-tiba dia menyapa saya. "Dia tanya saya ada ada duit tak untuk pinjam beli 'top up'. Saya jawab sahaja ada. Mula-mula dia tanya ada tak sepuluh ringgit, saya jawablah ada. Lepas tu dia tanya ada tak dua puluh ringgit, pun saya jawab ada. Dan akhir sekali dia tanya ada tak RM30, saya ada. "Mungkin dia dalam kesusahan. Saya pun terus minta nombor akaun bank dia. Tetapi saya hanya pindahkan wang sebanyak RM10 sahaja. "Dia nak bayar, saya menolak dan niat bersedekah," ujar Hakimi memulakan perbualan. Namun lama kelamanaan, Hakimi merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu kerana dia bukan sahaja sanggup menghantar mesej untuk meminta wang, tetapi juga tergamak mencadangkan lelaki itu meminta wang daripada ibu bapanya atau meminjam daripada rakan-rakan lain semata-mata untuk membantunya. Saya tak kenal dia secara terus. Hanya tahu nama dan tempat tinggalnya sahaja. Setiap kali mesej mesti minta duit untuk beli 'top up'. MUHAMMAD HAKIMI SHAHARUDDIN "Saya tidak kenal dia secara personal, tahu nama dia dan tinggal di Johor Bahru sahaja. Kami banyak mesej di di Instagram dan 'imessage'. Tetapi apa yang buatkan saya rasa tak senang adalah, dia hanya mesej saya bila nak minta duit sahaja. "Bukan sekali dua, tetapi banyak kali. Dia minta duit nak beli top up atau sebab tak cukup makan," katanya. Hakimi berkata, apa yang membuatkannya lebih bengang apabila posting di Instastory gadis itu menunjukkan dia banyak menghabiskan masa melepak di tempat-tempat yang mahal sedangkan wang yang dipinjam belum dibayar. Malah, berdasarkan perbualan bersama gadis itu yang dikongsi Hakimi menunjukkan bapanya bekerja di luar negara, tak kurang juga posting-postingnya di Instagram yang mempamerkan gaya hidup mewah dirinya. Perbualan mengenai pekerjaan bapa gadis tersebut. Gadis tersebut juga seolah-olah marah apabila mendapat tahu Hakimi sanggup membeli tiket perlawanan bola sepak, tetapi tidak sanggup membantunya dari segi kewangan. "Satu hari selepas saya menolak permintaannya, dia 'remove' dan 'block' saya. Sebelum itu dia ada cakap bahawa akaun Instagram dia kena 'hack'. "Dan paling membuat saya panas hati, dia cakap saya yang yang hack akaun dia. Hakimi mendakwa gadis yang dikenali itu hanya mahu mengambil kesempatan atas kebaikannya sahaja. Foto: Facebook Hakimi "Bermula dari situlah saya memuat naik semua perbualan mesej kami sejak mengenalinya," ujar pelajar di di sebuha universiti di Melaka. Sebaik sahaja posting mengenai gadis ini dimuat naik di Twitter ia segera tular dan sehingga kini mendapat lebih 7,000 ulang kicau (retweet). "Rupanya ramai yang DM saya bercerita mengenai gadis ini. Dia juga sebenarnya orang Ipoh dan kini tinggal di JB. "Beberapa orang ada memberitahu perangai sebenar perempuan ini yang memang suka 'menggunakan' orang lain. Sebahagian daripada komen netizen selepas Hakimi memuat naik perkongsian mengenai gadis tersebut. "Dan saya bukanlah mangsa pertamanya. Jadi apabila jadi macam ni, saya agak terkejut jugalah sebab melihat daripada gambarnya dia nampak macam orang yang baik-baik. "Saya memang dikenali dalam kalangan rakan seorang yang suka membantu. Tetapi bukan dalam situasi macam ini. "Saya sendiri pun kalau tak ada duit macam-macam kerja saya buat walaupun masih belajar. "Kalau nak hidup mewah rajinlah bekerja. Jangan gunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan diri sendiri," ujar anak keempat daripada lima adik beradik ini. Tambah Hakimi, walaupun jumlah yang diminta itu bukanlah banyak, tetapi sedikit sebanyak ia memberi kesan juga kepada kewangannya kerana dia masih belajar. "Memang orang tengok tak banyak, tetapi kalau selalu minta dengan macam-macam alasan memang ada yang tak kena. "Jadi warga media sosial berhati-hatilah dengan orang seperti ini," ujar Hakimi yang kini membantu rakannya menjual donat di Ipoh sepanjang cuti semester ini.