suria

“Tiba-tiba uncle Chinese ajak bergambar” - Aktiviti ‘food hunting’ bawa kepada adegan tak disangka-sangka, ini sebabnya!

Foto yang dikongsi oleh Zira (dua, kanan) menerusi Twitter miliknya dan kemudian tular.

BIARPUN ada pihak yang cuba mengapi-apikan isu perkauman di negara ini, masyarakat Malaysia sebenarnya masih lagi hidup aman dan harmoni.

Terbaharu, perkongsian foto individu berbilang kaum yang dimuat naik oleh seorang gadis menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 20,000 ulang kicau (Retweet).

"Masa dekat Ipoh (Perak) hari tu tiba-tiba ada uncle Chinese datang dekat kitorang ajak bergambar sama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar Cina ‘rare’

"Dia kata jom kita group photo Melayu Cina India. Kita kasi viral gambar ni," tulis Hazirah Hajinan di Twitter.

Mesra disapa Zira, gadis berusia 23 tahun itu berkata, foto berkenaan dirakam sekitar dua minggu lalu.

"Saya dan adik ke Ipoh untuk food hunting. Kami ditemani seorang kawan dari Ipoh.

Pelayar Twitter turut berkongsi foto mereka bersama sahabat berlainan bangsa di bawah posting milik Zira.

"Masa tu tengah bergambar, sebelah kami ada sekumpulan pengunjung India. Tiba-tiba uncle Chinese tu datang ajak bergambar.

"Lepas bergambar tu ada juga borak sikit-sikit. Uncle tu pun dari Kuala Lumpur juga," kata Zira sewaktu dihubungi mStar.

Mentaliti macam ni yang kita perlukan dalam Malaysia ye anak-anak.

NETIZEN

Menurut lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, dia sendiri tidak menyangka foto berkenaan akan menjadi tular.

Malah, dia juga mengakui selesa berkawan dengan rakan pelbagai bangsa biarpun ada isu-isu sensitif sering ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Zira (tengah) bersama adik perempuan dan rakan lelakinya.

"Di universiti pun ada kawan-kawan Cina dan India. Saya memang respect dengan bangsa lain.

"Pakcik tu pula, saya pun tak sangka dia sangat ramah. Padahal kami saling tak kenal pun," ujarnya lagi.

Satu lagi foto dikongsi pelayar Twitter, membuktikan perpaduan kaum di negara ini masih lagi utuh.

Kata Hazirah lagi, dia ternyata gembira dengan keharmonian kaum di negara ini.

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen berhubung posting itu.

Malah, ramai yang turut berkongsi foto-foto mereka bersama sahabat berlainan bangsa.

Zira (kiri) berjalan-jalan di sekitar Ipoh bersama adiknya.

"Mentaliti macam ni yang kita perlukan dalam Malaysia ye anak-anak," tulis @Wazz_94.

"Teringin nak bergambar macam nie, rasa keharmonian Malaysia," tulis @farhanjiddan96_ pula.

"Persahabatan tak mengenal bangsa, warna kulit dan agama," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Hazirah Hajinan, perpaduan, kaum, selfie, Ipoh

Artikel Lain