suria

“Matanya bulat besar” - Suami seram baju isteri nak pergi wedding berlubang, seterika zaman bujang jahanam... jenuh pujuk baru ‘on’

Muhammad Hafiz menunjukkan jubah isterinya yang koyak, kesan daripada seterika yang panas. Foto ihsan Muhammad Hafiz Sidek

JARANG-jarang kaum isteri minta tolong suami gosokkan bajunya kerana kebiasaannya mereka agak cerewet dan mahukan kesempurnaan.

Jadi, apabila mendapat 'tugasan' berkenaan, ia boleh menjadi satu mimpi ngeri buat kaum suami, bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pada baju yang yang digosok itu.

“Isteri minta tolong aku gosokkan baju nak pergi wedding (kenduri kahwin). Kau rasa apa nasib aku lepas jadi macam ni?

“Mana hala tuju kehidupan aku? Macam mana masa depan aku? Lepas kejadian ni seterika terus rosak. Pandai dia tak ngaku salah,” menurut luahan seorang suami di laman sosial berserta gambar baju yang koyak bersama kesan seterika, sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suap isteri, anak nak suap ibu, perunding motivasi mengaku “Saya tak sabar nak kahwin!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah Saya Dikata Gemuk, Buruk” - Isteri ‘Lelaki Limosin

Rata-rata netizen memberikan komen bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut, termasuk menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Luahan seorang suami mengenai baju isterinya yang rosak di laman sosial menjadi tular.

“Lain kali mengaku awal-awal tak pandai gosok baju. Biar dia marah dulu daripada marah kemudian. Semua sudah terlambat. Bila jadi, merosakkan mood untuk ke majlis,” kata seorang netizen.

“Ganti balik 15 pasang, hahaha. Nasib kau lah labu,” gurau seorang netizen.

“Bertabahlah dengan segala ujian yang akan tiba,” komen netizen yang lain.

Suami malang itu, Muhammad Hafiz Sidek berkata, kejadian berlaku pada pagi Sabtu lalu, semasa mereka sekeluarga membuat persiapan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan baik.

Kesan 'berlubang' jubah isteri.

Bapa dua anak berusia 28 tahun itu memberitahu, kejadian baju rosak semasa menggosok menggunakan seterika merupakan pengalamannya pertama kali.

Seterika tu dah lama saya guna masa zaman bujang sampai sekarang baru rosak. Tahan lama, dah pakai lebih lima tahun. 

MUHAMMAD HAFIZ

“Masa tambah air untuk direnjis pada jubah isteri, tiba-tiba seterika jadi panas. Terus berlubang baju tu, masa tu saya rasa ngeri sebab takut isteri marah.

“Lepas dah ‘lubangkan’ jubah tu, terus jahanam seterika. Nak geram pada seterika pun tak ada rasa, sebab lebih ngeri tak dapat bayangkan reaksi isteri nanti macam mana bila dia tahu baju tu rosak,” katanya kepada mStar.

Muhammad Hafiz (kanan) berusaha untuk memujuk isterinya berkali-kali.

Pada masa sama, Muhammad Hafiz yang menetap bersama keluarga di Sungai Buloh, Selangor berasa lucu kerana sebelum itu dua baju anaknya dapat digosok tanpa sebarang masalah.

“Seterika tu dah lama saya guna masa zaman bujang sampai sekarang baru rosak. Tahan lama, dah pakai lebih lima tahun. 

“Lebih 20 minit juga saya diam, sampai isteri tanya mana jubah dia, dah gosok ke belum, nak tak nak saya terpaksa cakap jugalah. Masa tu dia diam, matanya bulat besar. Seram,” kata perancang kewangan itu secara berseloroh.

Muhammad Hafiz bersama keluarganya.

Isterinya, Hafiza Samsuri, 28, yang kini hamil anak ketiga mereka pada mulanya merajuk sehingga enggan untuk ke kenduri kahwin gara-gara bajunya koyak.

“Jubah yang dia nak pakai koyak, baju ganti pula berkedut sebab tak ada seterika lain. Tapi lepas dipujuk berkali-kali, berjaya juga tapi isteri terpaksa pakai baju hitam untuk tidak menampakkan kesan kedut.

“Dalam perjalanan ke kenduri kahwin tu, saya masih memujuk dia. Kemudian saya keluar idea ajak dia pergi bercuti, siap suruh dia pilih tempat untuk bercuti. 

“Tiba-tiba isteri kata on! Dia teruja sangat dapat pergi bercuti. Lega saya, selesai kes baju isteri rosak penangan seterika panas,” katanya sambil menambah isterinya memilih untuk bercuti di sebuah pusat peranginan di Cyberjaya, Selangor.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
seterika, jubah, kenduri kahwin

Artikel Lain