GARA-gara enggan bayar hutang berjumlah RM180, seorang pemuda mengeluarkan kata-kata kesat mahu merogol gadis yang meminjamkannya wang itu secara beramai-ramai. Akibat gadis berkenaan terpaksa menuntut hutang seperti pengemis dan membuat perkongsian di laman sosial Twitter meluahkan nasib malang yang dialaminya. “Aku rasa nak rogol kau ramai-ramai. Pergi m****s aku nak layan. Deal kita dua, ni sampai orang lain hentam. Ingat aku hamak (nak) sangat,” menurut pemuda itu menerusi status aplikasi WhatsApp. ARTIKEL BERKAITAN: 'Kuasa' amukan mak kutu, anak kutu larikan duit dikesan sembunyi di rumah mertua, mujur suami nak ikhtiar! ARTIKEL BERKAITAN: 'Gadis Ceti' Tuntut Hutang Muncul Lagi Hanya mahu dikenali sebagai Ann, gadis itu mengenali pemuda tersebut semasa mereka sama-sama belajar di sebuah institusi pengajian tinggi pada 2016. Antara perbalahan Ann bersama pemuda yang meminjam wang daripadanya. Dia yang berusia 20an berkata, pemuda yang dikenali sebagai Azim itu beberapa kali meminjam wang daripadanya ketika itu dengan alasan wang belanja tidak mencukupi. “Kami ada konflik pada akhir 2017 dan selepas itu kami tidak berhubung antara satu sama lain. Sejak tu hutang dia pada asalnya berjumlah RM500 tak dibayar. “Selepas dua tahun, dia muncul kembali dan berlaku konflik peribadi antara kami. Saya kata bayar balik duit yang saya beri pinjam. Daripada RM500, saya cuma minta dia bayar RM180 selepas berkira-kira dengannya,” katanya kepada mStar. Pemuda yang didakwa berhutang dengan Ann. Ann yang berasal dari Kuala Selangor, Selangor mendakwa ini bukan pertama kali dia berdepan dengan ugutan rogol daripada pemuda tersebut. Bagaimanapun katanya, sebelum ini ancaman seperti itu lebih kepada nasihat daripada rakan-rakan yang menyampaikan secara lisan. Jangan terlalu bermurah hati bagi duit sewenang-wenangnya kepada lelaki. Bila nak pinjam memanglah baik mulut manis, tapi lepas dah dapat perangai macam hantu. ANN “Tapi, bila dia buat status yang berniat tak baik terhadap saya di WhatsApp pada lewat malam Isnin lalu, saya bimbang dengan keselamatan diri saya. “Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang pada petang 30 Julai,” ujar anak kelima daripada tujuh beradik itu. Jurucakap Balai Polis Tanjong Karang ketika dihubungi mStar mengesahkan laporan berhubung ugutan dibuat oleh pengadu, dan siasatan sedang dijalankan. Laporan polis yang dibuat oleh mangsa berhubung ugutan rogol. Ann yang bekerja sebagai pengurus berkata, susulan daripada laporan polis yang dibuat, dia menerima mesej daripada ibu kepada pemuda yang berasal dari Banting, Selangor itu. “Ibunya ada mesej saya mempersoalkan kenapa viralkan pasal hal ni. Kenapa tak bincang dulu. Bapanya kemudian masukkan wang sebanyak RM180 kepada saya pada malam Selasa. “Kes hutang dia dah selesai hanya selepas posting saya dah viral dan laporan polis berhubung ugutan terhadap saya dibuat. Saya hanya bimbangkan keselamatan saya,” katanya. Ann terpaksa mengemis bagi meminta wang yang dipinjamkannya. Sehubungan itu, dia menasihati kaum wanita terutama gadis-gadis yang masih muda sepertinya supaya tidak mudah terpedaya dengan pujukan lelaki. “Jangan terlalu bermurah hati bagi duit sewenang-wenangnya kepada lelaki. Bila nak pinjam memanglah baik mulut manis, tapi lepas dah dapat perangai macam hantu. “Kepada yang berhutang, nasihat saya langsaikanlah cepat-cepat, jangan buat orang yang beri pinjam duit macam pengemis tuntut hutang pula,” katanya.