BIASA tengok dalam surat khabar, kali ini berlaku pada keluarga sendiri. Begitulah luahan seorang lelaki apabila mengenangkan adik perempuan kesayangannya kini terlantar di hospital akibat kejadian langgar lari yang berlaku Ahad lalu. Menurut Muhamad Khair Mustafa, 36, adiknya, Ezza Sofea Mustafa, 23, bakal menjalani pembedahan kerana mengalami patah rahang akibat kejadian itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa maut 'pelik' sebelum kemalangan - Kakak Kisah itu menjadi tular setelah ia dimuat naik ke laman Facebook yang mana keluarga mangsa kini berharap saksi di lokasi kejadian dapat tampil bagi membantu siasatan. "Sewaktu kejadian, kereta yang langgar motor dinaiki adik dan kawannya terus melarikan diri. Di belakang kereta suspek, ada sebuah kereta Toyota Alphard. Posting yang tular di Facebook. "Pemilik Toyota Alpard tu sempat turun dan bantu, dia kata akan serahkan rakaman dashcam untuk bantu siasatan. "Tapi sampai sekarang tak ada lagi, saya harap dia dapat hubungi kami untuk kesan siapa yang langgar adik," ujarnya sewaktu dihubungi mStar. Lari macam mana pun dia akan kena balik. Minta pemandu tu tampil dan jumpa saya. MUHAMAD KHAIR MUSTAFA Bercerita mengenai keadaan terkini adiknya, dia yang mesra disapa Khair mengakui sedih melihat gadis itu terlantar tidak bermaya. Malah, dia juga risau akan masa depan adiknya yang mengalami kecederaan teruk di bahagian wajah. "Takut masa depan dia terjejas. Kemungkinan muka akan herot kalau tak operate. Doktor kata keadaan dia agak kritikal juga. "Dia perlu dibedah secepat mungkin. Laporan polis pula saya akan buat dalam masa terdekat," ujarnya lagi. Adiknya dan seorang lagi mangsa yang sebaya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor. Antara komen sokongan netizen. Rakan kepada mangsa yang juga jiran keluarga Khair turut parah dan mengalami pendarahan dalam kepala. Dalam pada itu, Khair turut menasihati pelaku agar datang bersemuka dengannya untuk bertanggungjawab atas kejadian itu. "Mohon datang jumpa keluarga kami dan bertanggungjawab. Apa yang dia buat ni akan terjadi pada keluarga sendiri pada masa akan datang. "Lari macam mana pun dia akan kena balik. Minta pemandu tu tampil dan jumpa saya," katanya lagi. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes langgar lari berkenaan yang berlaku di jalan menuju ke GM Klang sekitar 4 petang Ahad lalu, mereka boleh menghubungi Khair di talian 011-10752680. Perkongsian mengenai kes melibatkan adik Khair turut menerima ratusan perkongsian dan komen menerusi Facebook. Rata-rata netizen turut meninggalkan komen dan berharap kedua-dua mangsa akan sembut secepat mungkin.