suria

“Papa suruh korek dalam-dalam” - Enam sekeluarga murung terkena ‘prank’ cempedak... empat ulas RM10

Ti dan keluarganya kempunan tidak dapat menikmati cucur cempedak yang digoreng sendiri.

HASRAT enam beranak untuk menikmati cempedak goreng air tangan sendiri tidak kesampaian apabila cempedak yang dibeli indah khabar dari rupa.

Kisah seorang gadis dan keluarganya kena 'prank' dengan cempedak dikongsi Izzaty Ilmi di Twitternya sehingga mendapat 7,800 ulang kicau dan 4,400 tanda suka.

Malah video dimuat naik gadis tersebut yang menunjukkan keadaan buah itu sebaik sahaja dipotong ditonton sebanyak 175,400 kali sejak Isnin lalu.

Izzaty atau lebih mesra disapa Ti ketika dihubungi mStar berkata keterujaannya untuk memasak cempedak goreng sendiri terbantut apabila isi buah tersebut hanya ada beberapa ulas sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak 'throwback' cinta agung bapa, "seulas cempedak nak makan sama-sama" sehari sebelum meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Pengaruh Oden! Anak hentak kaki dalam kedai, bapa nak beli kuah saja, bebola bawa sendiri... “Bunyi macam esakan, semua pelanggan terdiam”

"Mula-mula memang satu family mengidam nak makan cempedak goreng tapi mak cakap buat sendiri je lah. Jadi pagi tu (29 Julai lalu) saya ingatkan papa untuk belikan dan dia pun excited sebab ni kali pertama kami nak buat sendiri.

Ti (depan, kiri) bersama keluarganya.

"Papa memang tunggu saya balik kerja nak minta buatkan untuk minum petang. Masa nak buka (buah) tu saya suruh adik saya rakam konon nak buat IG story cara masa cempedak goreng. Sekali kena 'prank' dengan cempedak.

"Masa saya beritahu papa tak ada isi di dalam, papa gigih suruh saya korek takut isi dia ada dekat dalam. Tapi cempedak tu betul-betul 'ghaib'. Kami reda jelah RM10 dapat seulas besar dan tiga ulas kecil," katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata pada awalnya bapanya seperti tidak percaya dengan jumlah ulas dalam buah cempedak itu.

"Kalau dengar dalam video tu papa suruh korek dalam-dalam, memang dia tak percaya tak ada isi. Sampailah kami tunjuk bukti.

"Dia tak adalah terkejut sangat tapi gelaklah juga sebab buah tu besar tapi isinya seulas sahaja.

"Lepas tu semua murung sampai sekarang tak dapat lagi makan cempedak goreng," katanya yang serik untuk membeli buah tersebut selepas ini.

Posting Ti viral di Twitter.

Gadis berasal dari Kampung Seberang Limbongan Besut, Terengganu itu berkata dia berhasrat membuat sendiri cempedak goreng itu kerana sukar mendapatkan hidangan itu di sana.

"Dah cari area Kampung Raja ni tapi memang tak ada orang jual. Mungkin disebabkan masalah cempedak macam ni kot.

"Kalau ada yang jual pun kebiasaannya harga mahal sangat kadang-kadang dua ketul RM1. Tapi lepas insiden ni lebih baik beli je yang dah siap. Sekurang-kurangnya dapatlah makan sikit sorang," katanya.

Masa saya beritahu papa yang tak ada isi dia gigih suruh saya korek takut isi dia ada dekat dalam. Tapi cempedak tu betul-betul 'ghaib'. Kami reda jelah RM10 dapat seulas besar dan tiga ulaskecil.

IZZATY ILMI

PENYELAM SKUBA SAMBILAN

Biarpun terkilan dengan keadaan buah itu, Ti yang turut mengusahakan perniagaan homestay di Kampung Raja Besut, Terengganu berkata dia tidak berhasrat untuk mengembalikan cempedak itu kepada peniaganya.

"Ada yang suggest saya supaya hantar dekat kedai tu balik tapi papa saya cakap tak ada rezekilah tu sebab peniaga pun tak tahu isi dalam elok atau tak.

"Lagipun penjual buah tu memang baik. Biasa kawan saya beli buah dekat situ dan kalau buruk atau tak elok memang owner dia suruh pergi kedai tukar," katanya.

Sebiji cempedak yang dibeli papa Ti hanya mempunyai berapa ulas isi sahaja, membantutkan hasrat makan cempedak goreng.

Menurut gadis yang bekerja sebagai penyelam skuba sambilan itu, selepas kisahnya tular ramai berkongsi resipi makanan masyarakat Banjar menggunakan kulit cempedak.

"Alhamdulillah lepas kes ni ramai orang kat Twitter share resipi orang Banjar. Kulit cempedak boleh buat Mandai.

"Jadi saya dapat belajar sesuatu yang baharu. Ramai kata resipi tu sedap tapi saya pun belum cuba lagi sebab kulit cempedak tu saya baru peram dengan garam," katanya.

Dalam pada itu beberapa netizen turut mendedahkan mereka pernah melalui nasib sama seperti Ti.

"Pernah kena juga sis!!! Beli dekat Aeon RM20 something kot dapat 5 ulas je. Sodih lahhh haih dah lah teringin teruk masa tu. Tepung semua dah beli... tak tau nak nangis ke nak gelak," kata Zztty.

@Imanyayaya berkata, "Ayah pernah mengamuk sebab cempedak dia beli isi cuma berapa ulas je. Sejak tu, dia banned satu rumah beli cempedak."

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain