suria

Hebatnya kamu! Umur baru 20 tahun dah ada motosikal ala Iron Man, “Kalau tekan butang, keluar suara bersedia tuan!”

(kiri) Reifqi bersama motosikalnya yang diubah suai dengan sistem menghidupkan enjin tanpa kunci berinspirasikan watak adiwira Iron Man. Foto motosikal ihsan Muhammad Reifqi Furgan Mohd Redzhuan/Foto Iron Man - Samuel Ong/The Star

LAMBAKAN filem adiwira dengan tayangan silih berganti di pawagam seluruh negara menunjukkan betapa filem genre itu diminati ramai termasuk penonton di Malaysia.

Bukan sekadar satu hiburan, tapi kesannya cukup besar apabila ada yang menjadikan filem tersebut mahupun watak adiwira sebagai inspirasi dalam menghasilkan idea kreatif.

Begitulah yang cuba dibuktikan oleh seorang anak muda tempatan, yang menghasilkan inovasi untuk menghidupkan enjin motosikal dengan lebih mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini yang patut viral, bukan picit-picit di Family Mart” - Syed Saddiq kagum remaja cipta aplikasi hidupkan motosikal, guna kad pun boleh!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah 'Tawar Job' Gara-Gara Parodi Kelakar Avengers Pelajar Kolej Mara

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Avengers muncul buat kejutan depan pelajar Malaysia

Pemuda berkenaan, Muhammad Reifqi Furgan Mohd Redzhuan berkata, dia mula menggunakan sistem menghidupkan motosikal secara sentuhan sejak tiga bulan lalu.

Menghidupkan enjin motosikal tanpa menggunakan kunci, dengan hanya menekan butang dan sentuhan.

Baru berusia 20 tahun, Reifqi memberitahu, inovasi itu bukan sahaja memudahkan pemilik motosikal, malah mempertingkatkan sistem keselamatan kenderaan.

“Kalau dulu pakai kunci, tapi saya buat satu butang untuk ditekan sebelum menggunakan master card atau kad induk bagi menghidupkan enjin motosikal.

“Sistem ini menggunakan pengesan identifikasi frekuensi radio (RFID) untuk menggantikan kunci. Setiap kad atau keychain (rantai kunci) RFID mempunyai identiti (ID) tersendiri atau boleh diprogramkan, yang berfungsi seperti kata laluan,” katanya kepada mStar.

Reifqi menunjukkan demonstrasi untuk menghidupkan enjin menggunakan keychain.

Reifqi yang berasal dari Damansara, Selangor itu berkata, penggunaannya juga mudah, hanya dengan menekan butang bagi menghidupkan sistem.

“Kemudian boleh sentuh (keychain) untuk pengesahan ID. Jika ID yang dikesan salah, motosikal tidak akan hidup. 

“Sebaliknya, sistem akan disekat selama lima minit sehingga ID yang sah dikesan. Jika ia dikesan sah, ada di dalam rekod maka enjin akan dihidupkan,” tambahnya.

Mengenai sekuriti, graduan Diploma Mekatronik Robotik dari Kolej Vokasional Enter Coridor di Klang, Selangor itu berkata, program telah ditetapkan pada cip mikro, bermakna cip tidak boleh dicabut bagi mengubah program kerana ada kata laluan.

Papan program untuk sistem yang dipasang di dalam motosikal bersebelahan tempat kunci.

Walaupun terdapat idea anak muda lain untuk menghidupkan enjin motosikal tanpa kunci, namun Reifqi menjelaskan bahawa pemiliknya tidak perlu membuka ruang simpanan di bawah tempat duduk kerana sentuhan boleh dilakukan dari luaran.

“Papan program untuk sistem dipasang di dalam motosikal bersebelahan dengan tempat kunci. Jadi, pemiliknya hanya perlu membuat sentuhan pada bahagian tepi motosikal sahaja untuk menghidupkan enjin,” katanya sambil menambah bahawa sentuhan juga diguna pakai untuk mematikan enjin motosikal.

Kalau tekan butang, akan keluar suara ‘bersedia tuan’. Sentuh (ID disahkan enjin dihidupkan) dan sentuh sekali lagi (enjin dimatikan jumpa lagi tuan).

REIFQI

Reifqi berkata, sistem tersebut disertakan dengan kesan suara yang memberi maklum balas selepas menekan butang, sentuhan untuk menghidupkan dan mematikan enjin.

Jelasnya, sistem itu juga mempunyai tindak balas kesan bunyi seperti watak pembantu kecerdasan atau artificial intelligence (AI), Jarvis dalam filem adiwira Avengers, tetapi bertutur dalam bahasa Melayu.

Reifqi mengikuti filem-filem adiwira Avengers terutama Iron Man.

“Kalau tekan butang, akan keluar suara ‘bersedia tuan’. Sentuh (ID disahkan enjin dihidupkan) dan sentuh sekali lagi (enjin dimatikan jumpa lagi tuan). 

“Saya akan memasang satu lagi sistem menggunakan arahan suara. Ini bermakna selain enjin motosikal juga boleh dihidupkan menerusi arahan suara,” katanya.

Sejak menggunakan sistem inovasi ala ‘Iron Man’ itu, Reifqi berkata, ramai yang melabelkan motosikalnya yang digunakan ke tempat kerja sebagai robot.

“Saya memang mengikuti siri filem Avengers terutama Iron Man. Memang pengaruh filem dan watak adiwira ini memberi kesan kepada saya untuk menghasilkan inovasi ala ‘Iron Man’,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain