suria

Rumah disewakan kepada pasangan warga emas jadi tong sampah, tapi pemiliknya cukup tabah, “OK lagilah dia lari...”

Keadaan dalam rumah sewa milik Nor yang ditinggalkan keluarga penyewa pada minggu lalu.

SEBAGAI pemilik rumah, ragam penyewa pastinya sudah sebati dalam diri.

Selain gagal melunaskan bayaran tepat pada waktunya, ada juga yang meninggalkan rumah dalam keadaan yang cukup melampau.

Terbaharu, rumah milik seorang wanita di Perak yang ditinggalkan dalam keadaan bersepah oleh penyewa ditularkan menerusi laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sangka sangat teruk sampai macam tu” - Rumah baru beli 2 tahun 'hancur berkecai', penyewa lesap!

Bercakap kepada mStar, wanita berusia 50-an yang hanya ingin dikenali sebagai Nor itu mengakui mula menyewakan rumah berkenaan kepada satu pasangan suami isteri warga emas, sekitar setahun lalu.

"Suami isteri tu usia 70-an. Ada dua orang anak yang tinggal bersama mereka, seorang dipercayai penagih dadah dan seorang lagi macam ada masalah mental.

Keadaan dalam dan luar rumah berkenaan.

"Anak mereka ada lapan orang semuanya tapi yang lain tinggal berasingan. Mereka lari keluar dari rumah tu waktu tengah malam, minggu lepas.

"Mula-mula tengok keadaan rumah tu, ada macam-macam perasaan. Sedih, geram, marah, semua ada," ujarnya sewaktu dihubungi pada Khamis.

Paling teruk, ada yang tak bayar sewa rumah, tengok anak bini terbiar. Suami kahwin sampai dua tiga. Tengok anak-anak terbiar tak makan.

NOR

PEMILIK RUMAH

Menurut Nor lagi, pasangan berkenaan juga gagal melunaskan bayaran sewa rumah selama tiga bulan.

Bukan tidak mempunyai belas ihsan namun kata Nor, dia juga mempunyai banyak komitmen yang perlu dilunaskan.

"Setakat pasangan tu berdua, saya tak kisah sangat. Bukan tak nak tolong, tapi anaknya tak nak bayarkan sewa. Saya ada juga WhatsApp anak dia.

"Sepatutnya anak-anak kena fikir. Orang kata, mak ayah boleh besarkan sepuluh orang anak, tapi anak belum tentu boleh jaga mak ayah mereka.

"Kita sebagai tuan rumah pun ada komitmen dengan bank. Tapi OK lagilah dia lari, sebab ada kes sebelum ni tak nak keluar dari rumah walau tak bayar sewa sampai kena buat report polis," ujarnya.

Keadaan rumah sewa milik Nor.

Kata Nor lagi, dia juga terpaksa mengeluarkan wang untuk proses pembersihan kediaman yang ditinggalkan penyewanya.

Sepanjang lapan tahun menyewakan beberapa unit kediaman miliknya, Nor turut berkongsi beberapa pengalaman yang sukar dilupakan.

"Paling teruk, ada yang tak bayar sewa rumah, tengok anak bini terbiar. Suami kahwin sampai dua tiga. Tengok anak-anak terbiar tak makan.

"Ada juga penyewa gaji tinggi, kerja pegawai tapi liat bayar sewa. Ada yang siap pergi melancong lagi, tapi sewa tak bayar," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut meninggalkan komen berhubung perkongsian foto rumah berkenaan.

"Itulah antara cabaran yang terpaksa ditanggung bila penyewa yang tak bertanggungjawab rumah kita jadi tong sampah.

"Aduhai teruk sangat ni. Gamaknya dulu duduk dalam gua.

"Macam udah duduk 50 tahun tak pernah mengemas," tulis beberapa pelayar Facebook.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain