suria

Aksi spontan bapa mengejutkan penerima Anugerah Dekan ini, "‘Yeay Yeay kasut baru, terima kasih ayah’

Ayah Afi memberi aksi spontan selepas dia merakam sambil memakai kasut baharu.

SEORANG bapa lebih dianggap serius dan sukar bergurau, lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang telah meningkat dewasa.

Realitinya sukar mendengar ungkapan “sayang” dari mulut seorang lelaki yang dipanggil bapa kerana mereka lebih suka menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan.

Kisah seorang remaja lelaki yang terkejut dengan tindakan spontan bapanya selepas memberi hadiah kepadanya membuktikan bapanya itu seorang yang ‘sporting’.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menjerit terkejut terima tiket konsert, anak pula teruja dapat komen Tok Ti “comelnya mak”

Menurut Firdaus Nazir, dia teruja menerima kasut pemberian bapanya pada Sabtu lalu.

“Kami keluar bersama dan ayah (Khairun Nazir) membeli sepasang kasut untuk saya.

“Sebenarnya dah lama saya minta kasut baharu memandangkan yang lama dah rosak.

Afi (kiri) bersama keluarga tersayang.

“Kebetulan Jumaat lalu keputusan peperiksaan semester dah keluar dan Alhamdullilah saya mendapat keputusan cemerlang dengan Anugerah Dekan.

“Jadi ibu bapa fikir, masa yang sesuai untuk beli kasut baharu buat saya,” kongsi pelajar jurusan Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rembau ini.

Jelas remaja berusia 19 tahun itu yang lebih mesra dipanggil Afi, dia mencuba kasut baharunya itu dan mengucapkan terima kasih kepada bapanya.

“Sambil pakai kasut baru, saya rakam semasa ucapkan terima kasih kepada ayah seperti menyanyi-nyanyi “yeay yeay kasut baru, terima kasih ayah”.

“Ketika itu ayah tengah berehat. Tiba-tiba ayah bangun dan menunjukkan isyarat yang mengejutkan saya.

“Memang saya terkejut kerana sebelum ayah tidak pernah berbuat demikan (isyarat jari).

Isyarat yang ayah saya buat itu hanyalah gurauan. Jangan ambil serius pula, lagipun ia satu tindakan spontan.

FIRDAUS NAZIR


“Saya menjerit terkejut dan menjerit “Ya Allah” dan beritahu ayah saya rekod untuk dimuat naik di status WhatsApp, ayah hanya tenang cakap “biorler heheheh”.

“Selepas itu kami sama-sama gelak. Saya tahu ayah bergurau sahaja,” jelas anak bongsu daripada dua beradik ini.

Menurut Afi, bapanya kini berusia 52 tahun dan masih kuat.

“Saya berkongsi di laman Twitter dan ramai yang ulang kicau rakaman tersebut.

“Rata-rata mereka cakap ayah saya seorang yang sporting dan kelakar.

“Ya, isyarat yang ayah saya buat itu hanya gurauan. Jangan ambil serius pula, lagipun ia satu tindakan spontan.


Sebahagian komen-komen posting yang dimuat naik Afi.

“Lagi pun ini kali pertama kami rekod sama-sama benda-benda macam ini.

“Saya ada beritahu ayah ramai yang retweet video tu, dan dia hanya gelak dan membaca komen-komen yang ditulis.

“Ayah risau juga kalau-kalau ada yang memberi perspektif negatif,” ujarnya.

Tambah Afi lagi, ada juga komen kasut yang dibeli bapanya itu mahal dan berjenama.

“Kasut itu bukan dari jenama terkenal dan harganya pun murah sahaja, RM83.

“Kami bukan dari keluarga yang ada-ada,” ujarnya.

Video yang dimuat naik Afi itu mendapat sambutan lebih 37,000 ulang kicau.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kasut baru, ayah, sporting

Artikel Lain