suria

Cemas! Lembu ‘cabut lari’, berenang ke tengah laut sebelum kena korban, “Ingatkan tak boleh selamat dah...”

Lembu berusia dua tahun itu menerusi video tersebut kelihatan berenang di tengah laut.

PERAYAAN Hari Raya Aidiladha sering disambut meriah oleh golongan Muslim di seluruh Malaysia.

Kebiasaannya setiap kali musim haji, lembu dan kambing akan dijadikan sebagai haiwan untuk manusia melakukan ibadah korban.

Terbaharu, cemas apa apabila seekor lembu terlepas dan berenang di tengah laut di sebuah destinasi pelancongan popular, sekali gus mencuri perhatian orang ramai yang melihatnya kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja naik kereta, minuman kegemaran lembu ini pun pelik... tersalah pakai baju tuannya kena kejar!

Muaz Hassan atau mesra disapa Muaz ketika dihubungi mStar memberitahu, dia baru sahaja pulang dari bercuti di Pulau Perhentian selama dua hari satu malam dan sempat merakamkan kejadian tersebut pada pagi Sabtu, sehari sebelum sambutan Aidiladha.

“Saya tengah tunggu bot, ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Setiu selepas bercuti di Pulau Perhentian.

Muaz (kiri) teruja pertam kali melihat lembu berenang di tengah laut.

“Saya yang berada di jeti Coral Bay nampak sebuat bot datang menghampiri jeti untuk turunkan seekor lembu.

“Dalam 15 hingga 25 minit jugalah ambil masa nak tarik lembu itu naik ke tangga jeti.... ‘dia’ nampak takut mungkin sebab ramai orang di situ,” kata penuntut di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka ini.

Menurut Muaz berlaku detik cemas apabila lembu tersebut terjatuh ke dalam laut ketika cuba melepaskan diri.

“Masa lembu tu berada di tangga jeti, tiba-tiba ‘dia’ meronta dan terus terjatuh ke dalam laut,” katanya.

Lembu yang berusia dua tahun itu dibawa dari jeti Kuala Besut, Kuala Terengganu ke jeti Coral Bay, Pulau Perhentian untuk dijadikan korban sebelum diagihkan kepada para nelayan.

Bercerita lanjut, pelajar jurusan Mekanikal Pembuatan ini juga memberitahu beberapa orang yang ketika itu sedang melihat kejadian tersebut terkejut selepas ia terjatuh ke dalam laut.

Posting yang dimuat naik salah seorang pengguna Twitter mendapat perhatian netizen.

"Selepas jatuh, lembu tu berenang ke arah tengah laut di Pulau Perhentian Besar tapi nasib baik ada bot yang tarik ‘dia’ ke tepi.

“Rupa-rupanya kalau dalam air senang sikit naik tarik sebab dia tak kuat dan akhirnya, lembu tu selamat dibawa ke tepi pantai.

“Mula-mula memang terujalah tengok lembu naik bot sampai pulau tetapi bila saya tengok lembu jatuh, ingatkan dah tak boleh selamat dah, rupa-rupanya pandai dia berenang," katanya yang berasal dari Setiu, Terengganu.

Cubaan membawa naik semula lembu tersebut mengambil masa sekitar 30 minit yang dilakukan nelayan di pulau berkenaan.

Dalam pada itu, video kejadian itu yang berdurasi 38 saat dan dimuat di Twitter pada Sabtu menerima 133,000 tontonan dan9,400 ulang kicau serta 4,100 tanda suka.

Rata-rata netizen terkejut dan terhibur melihat kerenah lembu korban berkenaan yang pandai berenang di tengah laut.

“Saya tak sangka video yang kawan saya kongsi di Twitter jadi viral sebab saya hanya sekadar berkongsi di Instagram je.

“Sebenarnya saya terfikir mungkin saya seorang je yang rasa kejadian ni luar biasa tapi sebenarnya ramai juga yang tak tahu rupanya lembu boleh berenang.

“Memandangkan kejadian itu kali pertama saya tengok, saya rakam dan kongsi di Insta Story saja,” ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Lembu lari, Raya

Artikel Lain